awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki terlibat kes letupan di Nilai
Gencatan senjata buka peluang selesai pertikaian sempadan secara aman - Thailand
Jika majoriti DUN terjejas, Undang-Undang Tubuh Perlis 'buka laluan' PRK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MARDI perkukuh hubungan dua hala dan perkasa usahawan agromakanan di Perak

Astro Awani
Astro Awani
27/12/2025
09:15 MYT
MARDI perkukuh hubungan dua hala dan perkasa usahawan agromakanan di Perak
Datuk Mohamad Zabawi berkata, program tersebut menjadi platform strategik untuk MARDI mendekati masyarakat di peringkat akar umbi. - Foto MARDI
KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) terus komited memperkukuh hubungan dua hala dengan masyarakat serta memperkasakan pembangunan usahawan dalam sektor agromakanan menerusi Program Hari Bertemu Pelanggan dan Karnival Usahawan MARDI Perak 2025 yang berlangsung hari ini di Lanai Casuarina, Kuala Kangsar.

Ringkasan AI
  • MARDI komited memperkukuh hubungan dengan masyarakat dan memperkasakan usahawan dalam sektor agromakanan melalui Program Hari Bertemu Pelanggan dan Karnival Usahawan MARDI Perak 2025 di Kuala Kangsar.
  • Program tersebut membolehkan MARDI mendekati masyarakat, memahami keperluan sebenar, serta memastikan teknologi yang relevan dan praktikal.
  • Kejayaan sektor pertanian bergantung kepada sinergi penyelidikan, pemindahan teknologi, dan upaya usahawan dalam menghasilkan produk bernilai komersial.

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata, program tersebut menjadi platform strategik untuk MARDI mendekati masyarakat di peringkat akar umbi, mendengar keperluan sebenar di lapangan, serta memastikan teknologi dan inovasi yang dibangunkan kekal relevan, praktikal dan memberi impak kepada pengguna serta industri.
"Program ini mencerminkan iltizam MARDI untuk sentiasa dekat dengan rakyat, manakala karnival usahawan pula memperlihatkan peranan MARDI sebagai pemangkin pembangunan usahawan agromakanan dan agroindustri, bukan sekadar institusi penyelidikan," ujarnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Program sehari tersebut menampilkan pameran dan jualan produk usahawan bimbingan MARDI, khidmat nasihat teknikal dan perniagaan, demonstrasi teknologi pertanian, penyerahan sijil dan bahan tanaman kepada usahawan, serta sesi libat urus bersama agensi berkaitan.
Beliau menambah kejayaan sektor pertanian dan agromakanan masa kini sangat bergantung kepada sinergi antara penyelidikan, pemindahan teknologi dan keupayaan usahawan menterjemahkan inovasi kepada produk serta perkhidmatan yang mempunyai nilai komersial.
Mengulas hala tuju sektor agromakanan, Mohamad Zabawi berkata aspirasi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memerlukan kerjasama erat MARDI dan usahawan dalam meningkatkan produktiviti domestik, memperkukuh rantaian nilai makanan, penggunaan teknologi moden, penglibatan agropreneur muda serta memacu ekonomi hijau secara lestari.
"MARDI akan terus menjadi penyedia teknologi dan kepakaran, manakala usahawan menjadi rakan strategik dalam mengkomersialkan inovasi, menyokong keterjaminan makanan negara dan pembangunan ekonomi negeri secara mampan," katanya.
Beliau juga berharap program sedemikian dapat diteruskan dengan lebih penglibatan daripada pelbagai lapisan masyarakat, khususnya golongan belia dan usahawan baharu.

Topic Berkaitan
#MARDI
#Program Hari Bertemu Pelanggan dan Karnival Usahawan MARDI
#program usahawan
#Bantuan usahawan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan