PAS merancang untuk bertanding di lebih 10 kawasan pada pilihan raya negeri Sarawak (PRN) akan datang, dengan enam daripadanya sudah dikenal pasti manakala selebihnya masih dalam perbincangan antara parti itu dengan sekutunya PKR Sarawak.
Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata enam kawasan
itu terdiri daripada Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro dan Belawei.
Beliau berkata jumlah kerusi yang ditandingi PAS nanti lebih besar berbanding PRN sebelum ini kerana parti itu yakin dengan sokongan ramai terhadap mereka, walaupun sedar PAS bakal berhadapan cabaran besar ekoran perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan kemunculan Gabungan Harapan Baru (GHB).
Bercakap pada persidangan media selepas melancarkan jentera pilihan raya Negeri Sarawak Dewan Pemuda PAS di sini lewat malam tadi, Nik Abduh berkataberdasarkan kajian yang dijalankan parti itu di Sarawak, pembangkang dilihat bakal menghadapi cabaran besar pada pilihan raya negeri Sarawak kelak.
Ini lebih-lebih dari segi populariti Ketua Menteri Sarawak yang baharu Tan Sri Adenan Satem yang cukup besar, namun menurutnya PAS adalah sebuah parti yang sukakan cabaran.
Pada PRN lepas, PAS bertanding di lima kawasan DUN, namun parti itu tidak pernah memenangi sebarang kerusi dalam DUN Sarawak walaupun sudah bertapak di Sarawak sejak kira-kira 20 tahun.
GHB yang diterajui bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebelum ini dilaporkan akan ditubuhkan pertengahan September dengan hasrat menyatukan semula parti politik pembangkang yang retak susulan keputusan PAS dan DAP untuk menamatkan kerjasama politik antara mereka.
Bulan lepas seorang jurucakap GHB Sarawak berkata pergerakan itu sudah mengenal pasti calon mereka yang akan bertanding pada PRN akan datang.
Bernama
Sun Aug 09 2015
Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Abduh, jumlah kerusi yang ditandingi PAS nanti lebih besar berbanding PRN sebelum ini kerana parti itu yakin dengan sokongan ramai terhadap mereka.- Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Nik Abduh dilantik sebagai Senator
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri Kelantan.
Jumpa Anwar sekadar sambung persahabatan arwah bapa - Nik Abduh
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan yang pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini tidak mempunyai sebarang kaitan terhadap pendirian politiknya.
Tular gambar Nik Abduh bersama Anwar
Pelbagai spekulasi turut tercetus susulan tularnya gambar Nik Mohamad Abduh bersama pemimpin Pakatan Harapan.
PRU15: Negara lebih stabil jika Pas tadbir - Nik Abduh
Menurut Nik Abduh, kebanyakan kes rasuah yang dilemparkan kepada Pas bersifat tohmahan semata-mata.
'Sebaik-baik perjanjian politik ialah pembentukan Muafakat Nasional' - Nik Abduh
Sebaik-baik perjanjian politik yang termeterai sejak berpuluh tahun adalah pembentukan Muafakat Nasional (MN), kata Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
PRN Melaka: Tahniah BN, takziah Pas - Nik Abduh
Menerusi posting di Facebook, Nik Abduh turut mengucapkan takziah kepada partinya yang tewas semua kerusi yang ditandingi.
[KEMAS KINI] COVID-19: Zahid Hamidi antara 35 yang disahkan positif
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, dilaporkan antara 35 individu yang positif COVID-19.
"Bukan anak saya pembawa virus varian Afrika Selatan" - Nik Abduh
Nik Abduh nafi anaknya yang belajar di Afrika Selatan bawa balik virus sehingga mencetuskan kluster Bunut Sarang Burung.
Isu terima dana dari BN, SPRM siasat bekas pemimpin Pas
Siasatan masih diteruskan terhadap isu PAS terima dana daripada kerajaan terdahulu.
Dana RM90 juta: Saya fikir mereka salah orang - Nik Abduh
Ahli Parlimen Bachok itu berkata demikian selepas menghabiskan lebih dua jam di pejabat SPRM Kelantan pagi ini bagi memberi keterangan berhubung dana RM90 juta yang didakwa diterima pimpinan Pas.