KOTA BHARU:Pimpinan Pas menyambut baik pengisytiharan darurat sebagai langkah mengawal penularan wabak COVID-19 yang menunjukkan angka membimbangkan.
Menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, tidak timbul lagi soal Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak cukup majoriti untuk memerintah kerana proklamasi darurat sudah dilaksanakan sehingga Ogos.
Keadaan ini membolehkan kerajaan menumpukan usaha untuk mengawal penularan wabak COVID-19 tanpa gangguan politik dan sebagainya.
“Saya boleh bersetuju sebab bila kita duduk di dalam kerajaan, kita boleh lihat angka, data dan ada alasan munasabah untuk kerajaan isytihar darurat.
“Orang di luar, maklumat tidak banyak, ini langkah sesuai, bukan lama pun sampai bulan Ogos.
“Bagi saya sekarang ini isu COVID-19 dan ekonomi. Ini sekejap orang ini ada angka, sekejap tarik sokongan, macam mana kita hendak bergerak untuk tangani masalah ini?” soalnya.
Katanya sukar bagi sesebuah kerajaan yang mempunyai majoriti tipis menjalankan khidmat sekiranya terus diganggu dan diugut.
Pas berpandangan, tempoh penggal kerajaan PN masih panjang untuk mentadbir negara.
Mohd Amar mempersoalkan tindakan ahli Parlimen UMNO yang meletakkan syarat perlu diadakan pilihan raya sehingga suku pertama tahun ini, sedangkan negara berdepan dengan pandemik COVID-19 dan ketidak tentuan ekonomi.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menuntut pemimpin pembangkang memikirkan untuk membantu kerajaan menangani masalah dan kepentingan rakyat dan bukannya memberikan tekanan.
Beliau juga mempersoalkan pembangkang, adakah dengan menukar kerajaan dapat menyelesaikan kes COVID-19.
Muhafandi Muhamad
Wed Jan 13 2021

Pas berpandangan, tempoh penggal kerajaan PN masih panjang untuk mentadbir negara. - Astro AWANI

KDNK China, Angkat Sumpah Biden-Harris: Apa reaksi pasaran?
Menjelang Acara Angkat Sumpah Presiden baru AS Joe Biden dan susulan pengumuman KDNK China, apakah reaksi pasaran? Bagaimana prestasi Ringgit menjelang pengumuman kadar dasar semalaman OPR? Rizal Zulkapli menemubual Pengarah Strategi Pelaburan NAGA Group AG, Jameel Ahmad.

Gempa Sulawesi: Angka kematian cecah 90, Jokowi ikrar bina semula bandar yang musnah
Gempa bumi sekuat 6.2 magnitud mengakibatkan kerosakan teruk pada ratusan buah rumah, pusat beli-belah, hotel dan bangunan kerajaan.

Hamzah Zainuddin dimasukkan ke ICU? Ini jawapan pejabat menteri
Dakwaan kononnya Hamzah Zainuddin dirawat di ICU tidak benar, tegas pejabat Menteri Dalam Negeri.

Tabung COVID-19 | MB Selangor sumbang gaji sebulan
Selangor mengaktifkan semula tabung bantuan menangani bencana COVID-19 bagi membantu usaha menangani wabak tersebut. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebagai permulaan dan tanda sokongan, beliau sendiri menyumbang gaji sebulan kepada tabung berkenaan.

PKP | Kerugian Kerajaan dijangka lebih RM600 juta sehari
Kerajaan dijangka mengalami kerugian melebihi RM600 juta sehari sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan melebihi enam minggu. Pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata ia selepas Kerajaan melaksanakan PKP di seluruh negara kecuali Sarawak selain dijangka berlakunya pelanjutan ke atas perintah tersebut.

Industri Binaan | Kenaikan harga besi bebankan pemaju, kontraktor
Kenaikan harga bahan asas dalam industri binaan terutamanya harga besi menambah tekanan kepada kontraktor yang sebelum ini terjejas teruk akibat COVID-19.

Sabotaj Vaksin | Pekerja farmasi dihadapkan ke mahkamah
Seorang pekerja farmasi di Wisconsin, Amerika Syarikat dihadapkan ke mahkamah selepas cuba merosakkan bekalan vaksin COVID-19 yang disimpan di sebuah pusat kesihatan di situ. Steven Brandenburg, didakwa sengaja berbuat demikian kerana mempercayai teori konspirasi yang mendakwa vaksin COVID-19 berupaya merencatkan dna manusia.

Darurat | Ahmad Maslan ditegur ahli UMNO
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan digesa untuk fokus kepada isu-isu rakyat dari hal darurat yang telah diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong. Teguran itu datang dari Setiausaha Bahagian UMNO Batu, Gulam Muszaffar yang menyifatkan Ahmad Maslan cuba untuk mempolemikkan isu darurat.

Takziah | Dr Ali meninggal bukan kerana terlampau penat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kematian seorang pegawai perubatan yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di Cheras, Dr Ali Noor Hassan adalah disebabkan terlampau penat dengan beban tugas sejak Disember lalu berikutan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di negara ini.

Serangan Capitol | Tiga suspek pertama didakwa
Tiga individu didakwa susulan serangan terhadap bangunan Capitol di Washington DC pada 6 Januari lalu. Mereka merupakan pendakwaan pertama dalam kalangan 125 orang yang ditahan polis susulan insiden tersebut.

Pas sambut baik pengisytiharan darurat - Mohd Amar
Pimpinan Pas menyambut baik pengisytiharan darurat sebagai langkah mengawal penularan wabak COVID-19 yang menunjukkan angka membimbangkan.

Muafakat Nasional tidak dapat didaftar, nama telah diguna pihak lain - Mohd Amar
Mohd Amar memaklumkan nama Muafakat Nasional telah digunakan oleh pihak lain.

Pengumuman Kedah mengejutkan, Kelantan tidak akan tergopoh-gapah umum penemuan REE - Mohd Amar
Kerajaan Kelantan katanya mengambil sikap cermat, berhati-hati dan tidak tergopoh-gapah atau teruja untuk mengumumkan perkara seumpamanya.

Peruntukan DUN, Parlimen Kelantan disalur terus kepada wakil rakyat bermula 2021
Sebelum ini peruntukan berkenaan disalurkan kepada penyelia kawasan.

Sukar ikut norma baharu antara sebab penularan COVID-19 di Kelantan - Timbalan MB
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata angka jangkitan yang semakin meningkat dalam tempoh beberapa hari ini jelas menunjukkan seolah-olah penduduk tidak memandang serius dengan arahan kerajaan.

Pas enggan campur urusan UMNO Perak jika mahu gabung dengan DAP, Amanah
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata itu adalah hak UMNO Perak.

DUN Kelantan luluskan kenaikan gaji ADUN, Exco
Kesemua barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Kelantan termasuk Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bakal memperolehi pembayaran kenaikan gaji pokok.

Exco, ADUN Kelantan bakal naik gaji
Kenaikan itu perlu bagi mengurangkan jurang perbezaan gaji yang dinikmati mereka berbanding wakil rakyat negeri lain.

'Yang rugi bukan PM, tapi rakyat dan negara' - Mohd Amar dakwa ada cubaan gagalkan belanjawan
Jika ia berlaku, rakyat dan negara akan paling terkesan kerana belanjawan itu bakal menetapkan peruntukan untuk memerangi pandemik COVID-19.

Kerajaan negeri akur titah Agong, mahu usaha bendung COVID-19 diteruskan
Pucuk pimpinan kerajaan negeri akur dan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahukan kerajaan meneruskan dasar dan tindakan penguatk