NATIONAL
'Pas, saya tidak bayar Rewcastle Brown RM1.4juta' - Hadi

Abdul Hadi menegaskan dakwaan yang dilemparkan terhdapa dirinya dan Pas tidak benar. - Foto Astro AWANI
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan tiada bayaran sebanyak RM1.4 juta dibuat seperti dakwaan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
Ahli Parlimen Marang itu juga berkata parti mahu pun dirinya sendiri tidak pernah melakukan bayaran tersebut.
Beliau berkata semua dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya dan Pas tidak benar.
“Dulu 90 turun jadi RM1.4 juta, pelik juga dari RM90 juta tidak jumpa cari turun jadi RM1.4 juta, .saya tidak bayar, Pas tidak bayar … tidak betul.
Beliau turut berkata, Pas sebuah parti yang miskin dan tidak mempuyai dana untuk membuat bayaran tersebut.
Abdul Hadi berkata Pas juga tidak berhasrat untuk menyaman pihak yang tidak bertanggungjawab cuba memburukkan namanya dan juga parti kerana itu hanya membuang masa dan wang ringgit.
Terdahulu, Rewcastle Brown mengesahkan telah menerima RM1.4 juta untuk menyelesaikan kes saman dengan Abdul Hadi di luar mahkamah.
Katanya, Abdul Hadi sudah pun membuat pembayaran menerusi peguamnya, Americk Singh Sidhu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami