PAS bertegas dengan keputusannya untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil (PRK) parlimen Rompin, kata pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata beberapa mesyuarat mengenai PRK itu telah diadakan dan jentera parti telah dibentuk; menunjukkan mereka siap sedia berjuang habis-habisan dalam PRK itu.
"Bagaimanapun, kami ingin menyatakan bahawa dengan bertanding tidak bererti kita tidak menghormati Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis. Kami menghormati beliau sebagai ahli politik kanan dan terhormat.
"Tetapi kita mesti juga hormati sistem demokrasi, dengan memberikan pilihan kepada 53,294 pengundi di Rompin," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.
Tuan Ibrahim diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa ia adalah 'langkah manis' jika PAS tidak bertanding dalam PRK itu.
Adnan dalam kenyataan itu berkata UMNO tidak bertanding dalam PRK negeri Chempaka pada 22 Mac kerana menghormati Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.
Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata tiga nama disenarai pendek untuk dipertimbangkan sebagai calon, dan semua nama itu dikemukakan oleh PAS kawasan Rompin.
"Memang kita beri keutamaan kepada calon tempatan untuk mewakili parti. Apapun tunggulah pengumuman pada 20 April," kata beliau.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang Jamaluddin dalam kemalangan helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April.
Allahyarham Jamaluddin menjadi anggota parlimen kawasan itu selama enam penggal dari 1990.
Pada Pilihan Raya Umum 2013, beliau menewaskan Ketua Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 5 Mei hari mengundi. Hari penamaan calon ialah 22 April.
Bernama
Tue Apr 14 2015
TUAN IBRAHIM: Tiga nama disenarai pendek untuk dipertimbangkan sebagai calon, dan semua nama itu dikemukakan oleh PAS kawasan Rompin. -Gambar fail
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Anak Allahyarham JJ gagal dapat kebenaran merayu berhubung saham lebih RM1 bilion
Permohonan kebenaran mereka gagal memenuhi keperluan Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Mahkamah tolak rayuan anak JJ berhubung kemasukan 3 juta saham dalam harta pusaka
Hakim menolak rayuan yang dikemukakan oleh dua anak Jamaluddin, Ikhwan Hafiz Jamaludin dan Nur Anis Jamaludin serta rayuan balas oleh Aminah.
Mahkamah tolak permohonan ibu Jamaluddin Jarjis kemuka keterangan lanjut dalam rayuan
Ibu Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Mohd Jarjis gagal dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengemukakan keterangan lanjut dalam rayuannya berhubung saman sivil untuk memasukkan saham s
Kes perbicaraan tuntutan harta sepencarian Jamaluddin Jarjis ditangguh ke 7 April 2022
Hakim menetapkannya selepas beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh kedua-dua pihak dalam perbicaraan hari ini.
Ibu Jamaludin Jarjis dibenar masukkan 3 juta saham dalam senarai harta pusaka
Hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan sebahagian tuntutan Aminah Abdullah dan mengarahkan kedua-dua defendan membayar kos RM80,000 kepada nenek mereka.
Kronologi kejadian helikopter terhempas di Malaysia sejak 2015
Ini merupakan insiden keenam membabitkan helikopter dalam tempoh lima tahun lepas.
"Som jangan campur hal mak saya" - Najeb ingatkan pesanan Allahyarham JJ
Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis pernah memberitahu balunya, Puan Sri Kalsom Ismail agar tidak mencampuri hal ibunya, bisnes serta politiknya.
Perbicaraan SRC: Najib peka isu kaum Cina - Saksi
CENSE dibayar bagi menilai sentimen komuniti Cina terhadap kerajaan ketika itu, serta isu-isu yang menjadi perhatian mereka
Najib beri penghormatan kepada Jamaluddin Jarjis
Datuk Seri Najib Razak pada Isnin memberi penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis apabila beliau mempengerusikan mesyuarat GSIAC.
400 parameter data kotak hitam helikopter perlu dianalisis
Sejumlah 400 parameter rakaman data kotak hitam helikopter yang terhempas di Semenyih masih perlu dianalisis.