awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas terbuka berbincang dengan UMNO kedudukan 27 kerusi kritikal - Tuan Ibrahim

Fareez Azman
Fareez Azman
01/09/2022
06:57 MYT
Pas terbuka berbincang dengan UMNO kedudukan 27 kerusi kritikal - Tuan Ibrahim
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO berhubung 27 kerusi kritikal menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pas terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO berhubung 27 kerusi kritikal menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Menurut Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, kesemua kerusi terbabit telah dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) dalam PRU lalu.
Justeru, kata beliau, perbincangan boleh diadakan dalam memastikan kesemua kerusi itu berpotensi dimenangi sama ada oleh Perikatan Nasional (PN) atau Barisan Nasional (BN).
"Kerusi ini dimenangi oleh PH sekarang… Pas tak menang, UMNO pun tak menang.
"Kalau muafakat politik dapat dibuat, kita jangka kawasan itu kita menang… misalnya (kerusi) Parlimen Raub dan Bentong," jelasnya dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas ke-63 di Alor Setar, pada Khamis. Tambah Tuan Ibrahim, sekiranya berlaku pertembungan diantara BN dan PN di kerusi-kerusi berkenaan, beliau percaya yang rugi ialah kedua-dua parti itu.
"Pas terbuka dalam hal ini untuk melihat jauh ke depan kepentingan tersebut. Walau bagaimanapun sebagai sebuah parti kita bersedia dalam semua situasi.
"(Sebanyak) 27 kerusi yang kita rasa kalau bertembung, dua-dua parti akan rugi. PN rugi dan BN pun rugi. Saya nak tegaskan bahawa Pas mendokong penyatuan ummah sebagai teras muafakat politik. Itu teras yang kita masih pegang dan diulang-ulang oleh Presiden parti," jelasnya lagi.
Mengulas lanjut, jelas Menteri Alam Sekitar dan Air itu, hubungan Pas dan UMNO sangat baik, meskipun belum ada sebarang rundingan dijalankan.
"Tidak ada (rundingan), cuma hubungan kita dalam konteks kerajaan Persekutuan yang mendokong semua parti UMNO, Pas dan Bersatu.
"Hubungan kita sangat baik. Tidak ada masalah hubungan peribadi. Cuma dalam konteks parti belum," ujar Tuan Ibrahim.
Topic Berkaitan
#PAS
#UMNO
#PRU-15
#kerusi
#perbincangan
#PN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan