PAS yakin pelaksanaan hukum hudud di Kelantan bakal menjadi kenyataan berdasarkan maklum balas serta kenyataan positif secara terbuka tentang perkara itu daripada pelbagai pihak termasuk kepimpinan tertinggi UMNO.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud itu turut mendapat maklum balas memberangsangkan daripada orang bukan Islam yang ketika ini sudahpun ada yang menerima dan bersetuju jika hukum hudud dilaksanakan.
"Melihat kepada kenyataan-kenyataan terbuka daripada kerajaan negeri Kelantan khususnya, pimpinan (tertinggi) UMNO dan di peringkat sidang Parlimen, ia menunjukkan respons yang sangat positif (berbanding situasi sebelum ini) dan kita sambut baik.
"Kita harap kenyataan-kenyataan positif yang dikeluarkan banyak pihak ini dapat melancarkan (proses) pelaksanaan hukum hudud agar ia menjadi kenyataan nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ijtima Kepimpinan PAS negeri Terengganu 2014 di Kemasik dekat sini hari ini.
Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Barisan Nasional (BN) bersedia untuk meneliti secara mendalam berhubung usul pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Kerajaan PAS Kelantan melalui Anggota Parlimen parti itu akan membawa usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hudud di Dewan Rakyat, bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan.
Mengenai kemungkinan PAS menghantar wakil bertemu Muhyiddin untuk menjelaskan tentang perkara itu, Abdul Hadi berkata ia akan diteliti jika ada permohonan.
"Itu bergantung kepada permohonan, kita akan melalui proses apa sahaja yang membolehkan hukum Islam dilaksanakan," katanya.
Bernama
Sat Apr 19 2014
Abdul Hadi Awang
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.