KUCHING: Perkenalan singkat selama lapan bulan dengan masing-masing mempunyai sejarah perkahwinan terdahulu tidak menghalang pasangan raja sehari, Ali Panel, 52, dan Suriyani Suib, 45, untuk merasai kemeriahan upacara akad nikah secara beramai-ramai di Masjid Darul Hana, di sini, hari ini.
Berbekalkan 'modal' RM25 bagi borang kebenaran kahwin dan sijil perkahwinan yang masing-masing bernilai RM10 dan RM15 selain mas kahwin, mempelai berkenaan merupakan antara 30 pasangan yang menyertai program Akad Semarak Ummah 2023 itu.
"Sepatutnya kami merancang untuk berkahwin pada Februari 2024 tetapi ada ternampak penganjuran program ini di Jabatan Agama Islam Sarawak jadi pada saat-saat akhir kami mengambil keputusan untuk memohon pada awal bulan ini.
"Jadi, tak sangka masih ada kekosongan dan kami terpilih untuk menjadi antara pasangan yang berkahwin hari ini, Alhamdulillah urusan kami berdua dipermudahkan," jelas Ali yang bekerja dalam sektor pendidikan.
Ali dan Suriyani, masing-masing mempunyai tiga anak daripada perkahwinan terdahulu, berkata mereka berdua tidak berasa kekok meskipun dikelilingi pasangan yang jauh lebih muda, apatah lagi majlis berkenaan dihadiri tetamu kenamaan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Hilmy Othman.
"Kami sedar pasangan yang lain jauh lebih muda daripada kami.. majlis ini pun ada tetamu kenamaan, kalau nikah secara persendirian susah nak jemput orang kenamaan," kata Ali yang berasal dari Kampung Beladin, Betong manakala Suriyani dilahirkan di Kampung Bintangor, Sarikei.
Program Akad Semarak Ummah 2023 dianjurkan oleh Masjid Darul Hana, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching dan Jabatan Agama Islam Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023
Sebahagian daripada 30 pasangan yang diijab kabulkan pada Majlis Akad Nikah Semarak Ummah 2023 di Masjid Darul Hana Petra Jaya hari ini. - Bernama
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pasangan berusia teruja sertai majlis akad nikah beramai-ramai
Program Akad Semarak Ummah 2023 dianjurkan oleh Masjid Darul Hana, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching dan Jabatan Agama Islam Sarawak.