awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan guru maut kemalangan babitkan motosikal, lori

Bernama
Bernama
02/05/2023
21:00 MYT
Pasangan guru maut kemalangan babitkan motosikal, lori
Dalam kejadian di Kilometer 7.6 Jalan Kangar-Padang Besar petang Selasa, pemandu lori yang datang dari arah Padang Besar menuju Kangar membuat pusingan U dan tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal mangsa. - Foto BERNAMA
KANGAR: Pasangan suami isteri yang juga guru sebuah sekolah di Padang Besar di sini maut dalam kemalangan di Kilometer 7.6 Jalan Kangar-Padang Besar petang semalam.
Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata dalam insiden pada 3.45 petang itu, mangsa yang berumur 32 dan 28 tahun maut di tempat kejadian.
"Kemalangan berlaku apabila pemandu lori dari Padang Besar menghala ke Kangar yang membuat pusingan U tidak sempat mengelak dan melanggar motosikal dinaiki oleh kedua-dua mangsa," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu lori berusia 67 tahun itu tidak memiliki lesen memandu yang sah.
Katanya mayat mangsa dibawa Ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah di Kangar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan dan sebarang maklumat boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor P. Pillai di talian 019-4702 312," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#suami isteri maut
#pasangan guru maut
#kemalangan motosikal lori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan