awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan suami isteri dan dua ekor anjing ditemui mati dengan leher dikelar

Bernama
Bernama
30/03/2014
06:09 MYT
Pasangan suami isteri dan dua ekor anjing ditemui mati dengan leher dikelar
ACP Mohan Singh Tara Singh - Foto Bernama
Sepasang suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Cheras di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata kedua-dua mangsa warga tempatan berumur 32 tahun itu ditemui mati dalam bilik tidur.
"Polis turut menemui dua ekor anjing milik mangsa yang turut mati akibat dikelar di leher," katanya dalam kenyataan kepada Bernama.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu mungkin ada kaitan dengan cubaan membunuh diri lelaki itu yang dikatakan berlaku pada 10 malam tadi.
Polis turut menemui sebilah 'pen knife' berhampiran mayat lelaki itu, kata Mohan sambil menambah pemeriksaan pada kedua-dua mayat mendapati terdapat kesan kelar antara 10 hingga 15 sentimeter di bahagian leher.
Beliau berkata polis mendapati tiada unsur jenayah berlaku di tempat kejadian, namun punca sebenar insiden masih disiasat.
"Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat hari ini," katanya sambil memberitahu kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#bunuh
#Cheras
#Mohan Singh Tara Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan