awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan suami isteri ditahan disyaki seludup syabu bernilai RM670,000

Bernama
Bernama
05/08/2022
10:37 MYT
Pasangan suami isteri ditahan disyaki seludup syabu bernilai RM670,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor mengagalkan cubaan menyeludup dadah ke negara jiran dipercayai syabu dianggarkan bernilai RM670,000 berhampiran Pantai Morib, Kuala Langat pada 29 Julai lepas.
SHAH ALAM: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor mengagalkan cubaan menyeludup dadah ke negara jiran dipercayai syabu dianggarkan bernilai RM670,000 berhampiran Pantai Morib, Kuala Langat pada 29 Julai lepas.
Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V Siva Kumar berkata, rampasan dibuat ekoran penahanan dua warga tempatan yang merupakan pasangan suami isteri pada 5.50 petang ketika mereka sedang memindahkan dadah seberat 15.88 kilogram (kg) itu dari kereta ke sebuah bot pancung untuk dibawa keluar ke Indonesia.
Beliau berkata, pemeriksaan awal pasukan operasi menemukan sebuah kotak mengandungi 15 bungkusan teh cina jenama 'Qing Shan' berwarna hijau di dalam kenderaan yang digunakan pasangan itu.
"Pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan itu mengandungi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 15.88 kg dianggarkan bernilai RM670,000.
"Kedua-dua suspek berusia 46 dan 44 tahun itu ditahan manakala semua bungkusan itu dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Selangor untuk tindakan lanjut, sebelum diserahkan kepada bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat," katanya dalam kenyataan.
Siva Kumar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#suami isteri ditahan
#seludup syabu
#negara jiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan