awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Era baharu BlackBerry? Clicks Communicator hadir dengan papan kekunci fizikal
Blok Afrika Barat gesa hormati kedaulatan Venezuela susulan operasi ketenteraan AS
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan suami isteri guna kotak kopi edar dadah ditahan

Bernama
Bernama
18/05/2021
20:32 MYT
Pasangan suami isteri guna kotak kopi edar dadah ditahan
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Sibu memperoleh maklumat awal berhubung pergerakan pasangan itu dari Bukit Aman di Kuala Lumpur.
SIBU: Taktik sepasang suami isteri menyembunyikan dadah di dalam kotak serbuk kopi pracampuran gagal apabila polis menahan mereka di belakang bangunan Pejabat Pos di sini pada Isnin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Supt Collin Babat berkata anggota polis yang memerhatikan gerak-geri mencurigakan pasangan itu yang kedua-duanya berumur 32 tahun, bertindak memberkas mereka kira-kira 1 tengah hari.
Beliau berkata polis menemukan beberapa ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu seberat kira-kira dua kilogram di dalam kotak serbuk kopi berjenama itu.
"Dadah dianggarkan bernilai kira-kira RM151,236 dan pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Sekyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (kerana mengedar dadah)," katanya di sini.
Beliau berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di sini memperoleh maklumat awal berhubung pergerakan pasangan itu dari Bukit Aman di Kuala Lumpur sebelum sepasukan anggota digerakkan ke kawasan pasangan berkenaan cuba mengedar dadah sebelum membuat serbuan.
"Setakat ini tiada pengakuan daripada pasangan suami isteri tersebut ke atas barang kes yang dirampas itu dan mereka kini ditahan di lokap Balai Polis Sungai Merah Sibu untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kopi pracampuran
#serbuk kopi
#kotak kopi
#kopi
#Dadah
#sembunyi dadah
#Sibu
#Collin Babat
#ketulan kristal
#Syabu
#suami isteri
#Bukit Aman
#serbuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan