SIAPA yang lebih cenderung untuk bertindak di luar etika – secara individu, antara dua rakan, atau antara dua orang yang saling tidak mengenali?
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh University of Pittsburgh, Amerika Syarikat dan disiarkan dalam majalah Harvard Business Review, dua orang yang tidak mengenali antara satu sama lain lebih berkemungkinan untuk melakukan salah laku bersama.
Dalam sebuah eksperimen berkomputer yang melibatkan penyertaan secara individu, dan pasangan yang saling tidak mengenali, mereka diuji sama ada akan menipu untuk mendapatkan markah lebih tinggi. Mereka memang berpeluang untuk berbuat demikian atas kesilapan teknikal yang disengajakan.
Hasilnya, sebanyak 73 peratus daripada peserta berpasangan, berbanding 54 peratus peserta individu, yang menipu.
Sementara itu, dalam eksperimen lain pula, peserta diminta membayangkan bahawa mereka sedang berunding dengan calon yang mereka ketahui akan diberhentikan kerja dalam masa enam bulan. Situasi yang diberikan adalah – penilaian prestasi mereka sendiri dikatakan akan terjejas.
Apabila ditanya, sama ada mereka akan menjawab soalan calon tersebut berkaitan jaminan pekerjaan, peserta berpasangan yang saling tidak kenal itu menyatakan bahawa mereka akan menyembunyikan khabar buruk itu – sedangkan mereka seharusnya berkata jujur.
Peratusan itu lebih tinggi berbanding peserta individu atau peserta berpasangan namun pernah terlibat dalam latihan bina diri.
Para penyelidik menyimpulkan bahawa perbuatan melanggar etika oleh pasangan yang tidak kenal antara satu sama lain, dianggap sebagai satu ‘ikatan’ subahat.
“Kajian kami menunjukkan betapa pentingnya untuk seseorang itu saling mengenali secara sosial terlebih dahulu sebelum membiarkan mereka membuat keputusan bersama, terutamanya jika melibatkan soal etika,” ujar laporan kajian tersebut.
Firdaus Alauddin
Mon Nov 26 2018
Perbuatan melanggar etika oleh pasangan yang tidak kenal antara satu sama lain, dianggap sebagai satu ikatan subahat. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Lee Lam Thye seru PDRM rombak latihan, utamakan nilai, etika dan integriti
Tan Sri Lee Lam Thye menyatakan sokongan terhadap kenyataan Ketua Polis Negara berhubung cabaran semasa yang dihadapi pasukan polis.
Dakwa rombakan PDRM: Tiga wartawan tetap enggan dedah sumber
Mereka memberikan kerjasama dalam siasatan namun tetap berpendirian tidak mahu mendedahkan nama sumber berita tersebut.
Etika pacu kemampanan kewartawanan profesional, pemisah 'wartawan jadian'
Etika kewartawanan yang diamalkan wartawan profesional merupakan nadi kepada industri kewartawan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai.
Kenyataan Abdul Hadi libatkan Raja-Raja Melayu tidak beretika, demi kepentingan politik
Kenyataan Abdul Hadi bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana tokoh politik itu pernah melakukan perkara serupa kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
Rapid Rail teliti tata cara operasi Koc Wanita
Rapid Rail sedang meneliti tata cara pengoperasian Koc Wanita bagi mendidik orang ramai mengenai etika penggunaannya.
Hajiji harap arus permodenan, dunia digital tidak sanggah prinsip pemberitaan berfakta dan adil
Biar secanggih manapun teknologi yang digunakan, etika dan tanggungjawab sebagai pengamal media tidak pernah berubah.
Peniaga diingatkan beretika, tolak ansur elak perselisihan dengan pelanggan
KPDNHEP mengingatkan peniaga supaya sentiasa beretika dalam mengendalikan pelanggan dan bertolak ansur bagi mengelak berlaku perselisihan faham.
Video promosi judi: Pengarah, syarikat berkaitan sindiket bukan ahli FDAM
Presiden FDAM, Dr Ahmad Ibrahim berkata pihaknya akan bertindak mengikut perlembagaan FDAM tanpa mengganggu siasatan polis jika mereka ada dalam senarai keahlian persatuan itu.
Kontraktor projek jajaran laluan SDE diberi notis pembatalan kontrak
Kontraktor berkenaan dijadualkan memasuki tapak projek itu pada 6 Jan lepas, namun gagal berbuat demikian hingga kini.
Ada orang kata 'bisnes dan rasuah berjalan seiring'... Benarkah begitu?
Jika tanggapan itu wujud, ternyata ekonomi dan amalan perniagaan sesebuah negara tidak sejajar dengan amalan baik.