KUALA LUMPUR:Pasaran buruh di negara ini berada dalam kedudukan stabil dengan sedikit pemulihan pada Ogos 2020 apabila bilangan penganggur dicatatkan berkurangan kepada 741,400 orang berbanding 745,100 orang pada bulan Julai lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Bagaimanapun, kadar pengangguran kekal pada 4.7 peratus berikutan pengurangan marginal bilangan penganggur, katanya.
"Trend pemulihan yang dicatatkan adalah untuk bulan ketiga berturut-turut selepas merekodkan kadar tertinggi 5.3 peratus pada Mei dan 4.9 peratus dicatatkan pada Jun.
"Trend pemulihan yang dicatatkan pada Ogos disokong oleh pelbagai faktor, antaranya lebih banyak perniagaan beroperasi dan pembukaan sektor pendidikan secara berperingkat pada 10 Jun, 2020, seiring dengan fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Mustapa berkata kebenaran merentas negeri yang menyaksikan aktiviti pelancongan domestik yang lebih rancak dan kesan positif daripada pelbagai inisiatif kerajaan seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN PKS Tambahan dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) turut menyumbang kepada prestasi pada Ogos.
Antara inisiatif kerajaan termasuk Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan (PENJANA Kerjaya), Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran untuk belia dan penganggur, Tenaga Kerja Dalam Talian Global (GLOW) dan Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA, kata Mustapa.
"Kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 30 tahun mencatatkan penurunan yang memberangsangkan apabila buat pertama kalinya turun di bawah paras sembilan peratus iaitu pada paras 8.9 peratus atau 502,300 orang. Selain itu, kadar pengangguran belia melepasi paras sembilan peratus daripada April sehingga Julai tahun ini dengan merekodkan sebanyak 544,500 belia menganggur pada Julai.
"Statistik ini jelas menunjukkan bahawa ekonomi negara semakin beransur pulih hasil pelbagai usaha dan inisiatif yang digagaskan oleh kerajaan dengan sokongan banyak pihak termasuk sektor swasta, industri dan juga rakyat," katanya.
Mustapa berkata walaupun pasaran buruh semakin pulih, kerajaan sedar dan prihatin bahawa bilangan penganggur ketika ini masih tinggi berbanding dengan purata seramai 494,000 orang bagi tempoh 2016-2019, keadaan semasa yang memperlihatkan trend peningkatan kes COVID-19 berkemungkinan memberi cabaran untuk tenaga buruh memasuki pasaran pekerjaan.
Sehubungan itu, kerajaan akan terus memberikan tumpuan kepada usaha-usaha mempercepatkan pemulihan ekonomi negara supaya lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan lebih ramai pengganggur dapat kembali bekerja, katanya,
"Kerajaan sedar bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat, lebih-lebih lagi kesannya kepada ekonomi dan pendapatan mereka.
"Ingin saya tekankan sekali lagi bahawa keperluan untuk melindungi nyawa dan kehidupan rakyat adalah sama penting. Sebab itulah, PKPB membenarkan sektor ekonomi, industri dan perniagaan untuk beroperasi seperti biasa namun perlu mematuhi SOP ketat yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)," kata Mustapa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 14 2020

Pasaran buruh di negara ini berada dalam kedudukan stabil dengan sedikit pemulihan pada Ogos 2020, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed. - Gambar fail/BERNAMA

10 Berita Pilihan - (17 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penafian berita palsu tular 17 Jan - KKMM
Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) malam ini.

Kebakaran | Bangunan Hospital Tanah Merah dalam pembinaan terbakar
Sebahagian bangunan Hospital Tanah Merah yang masih dalam pembinaan terbakar malam ini.

Kerajaan setuju bentuk Kumpulan Penasihat Kesihatan dan Saintifik COVID-19 - PM
Sehubungan itu, beliau amat mengalukan pencalonan ahli yang sesuai untuk terlibat dalam kumpulan penasihat ini.

Banjir Sarawak | Barangan keperluan asas telah dihantar ke pedalaman
Keadaan cuaca yang tidak menentu dan taburan hujan hingga Ahad memaksa Angkatan Pertahanan Awam bertindak pantas. Justeru, bantuan bekalan makanan asas dihantar ke pusat penyimpanan di pedalaman Sarawak. Kesiapsiagaan itu diambil sekiranya banjir melanda kawasan pedalaman yang memerlukan perjalanan lama.

Banjir Sarawak | Kerjasama ketua kaum dipuji
Selain itu, Mohtar turut memuji peranan ketua kampung, ketua masyarakat dan penghulu di sesuatu kawasan yang terjejas akibat banjir. Katanya, kerjasama yang diberikan memudahkan urusan pemindahan dan menyelamat. Ia sesuatu yang wajar dipuji.

Op Benteng | 17 PATI, 2 tekong ditahan dalam Op Benteng
17 pendatang tanpa izin (PATI) dan dua tekong berjaya ditahan dalam Operasi Benteng dijalankan di sempadan negara pada Sabtu. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut dirampas sebanyak tujuh buah kenderaan darat yang dipercayai digunakan untuk menyeludup masuk PATI.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Joe Biden dijangka melaksanakan beberapa perintah eksekutif termasuk menarik balik larangan kontroversi terhadap beberapa negara Islam.

PKP 2.0 | 66 individu dikompaun cuba rentas negeri / daerah
66 individu cuba merentas negeri dan daerah antara yang dikenakan kompaun oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, secara keseluruhan pula seramai 580 daripada 608 individu yang ditahan dikenakan kompaun atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

AWANI Ringkas: PM setuju tubuh kumpulan penasihat COVID-19 | Kerajaan yakin WTO akan berlaku adil

Belanjawan 2021: KSM komited atasi pengangguran, wujud peluang pekerjaan
Datuk Seri M. Saravanan berkata daripada peruntukan itu, sejumlah RM1.5 bilion diberikan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi pelaksanaan Program Subsidi Upah 2.0.

Pengeluaran KWSP perlu bersasar, diberi secara bulanan dan bukan 'one off' - Pakar ekonomi
cadangan itu harus dikaji berhati-hati kerana melibatkan persaraan pekerja dan pinjaman kerajaan dalam pelaksanaan projek pelaburan.

Pasaran buruh negara stabil - Mustapa
Pasaran buruh di negara ini berada dalam kedudukan stabil dengan sedikit pemulihan pada Ogos 2020, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Pasaran buruh makin baik, pengangguran terus menurun - Mustapa
Sebilangan besar sektor ekonomi juga terus mencatat peningkatan guna tenaga sejak Jun 2020.

Kadar pengangguran negara meningkat kepada 5.3 peratus pada Mei
Ini berbanding kadar pengangguran negara sebanyak 5 peratus yang dicatatkan pada April 2020.

RMK12: Dasar, strategi khusus kukuhkan semula ekonomi - Muhyiddin
Dasar di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) 2021-2025 itu akan dibentangkan awal tahun 2021.

Risiko pandemik bergantung kepada struktur ekonomi
Tahukah anda impak pandemik ke atas sesebuah ekonomi bergantung kepada struktur ekonomi sesebuah negara tersebut? Biar saya jelaskan dengan mengaitkan dengan pandemik Covid-19.

Jerman perlu 260,000 pendatang baharu setiap tahun untuk penuhi keperluan tenaga kerja
Daripada jumlah itu, kira-kira 146,000 orang akan berhijrah dari negara-negara di luar Kesatuan Eropah, menurut laporan kajian tersebut.

Indeks Gaji Kebangsaan ukur perubahan upah pasaran buruh Malaysia - Riot
Kementerian Sumber Manusia akan memulakan kajian untuk membangunkan Indeks Gaji Kebangsaan (NWI) bagi mengukur perubahan upah dan gaji pekerja dalam pasaran buruh Malaysia.