awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca-pandemik: Kadar penginapan hotel di Pulau Pinang hampir cecah 100 peratus

Bernama
Bernama
11/12/2022
20:24 MYT
Pasca-pandemik: Kadar penginapan hotel di Pulau Pinang hampir cecah 100 peratus
Memandangkan jumlah pelancong semakin meningkat, hotel di Pulau Pinang telah ditempah sepenuhnya dari Oktober hingga Disember tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Kadar penginapan hotel di Pulau Pinang mencecah hampir 100 peratus buat pertama kali tahun ini pada bulan Disember sepanjang tempoh era pasca-pandemik.
Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang Yeoh Soon Hin berkata menjelang akhir tahun ini, negeri itu siap siaga menyambut lebih ramai ketibaan pengunjung bukan sahaja pelancong tempatan tetapi juga antarabangsa dari negara seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.
Yeoh berkata beliau telah menerima maklum balas daripada pihak hotel yang mendapat kadar penginapan tinggi bulan ini.
"Kadar penginapan hotel bagi bulan Disember ialah kira-kira 80 hingga 100 peratus. Kebanyakan hotel telah mencecah kadar tempahan 100 peratus kali ini," katanya kepada pemberita selepas upacara penyampaian hadiah bagi Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 2022 di sini semalam.
Beliau juga berkata memandangkan jumlah pelancong semakin meningkat, hotel di Pulau Pinang telah ditempah sepenuhnya dari Oktober hingga Disember tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penginapan hotel
#pulau pinang
#Yeoh Soon Hin
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan