Sekitar 53 peratus rakyat Malaysia merasakan kewangan mereka terjejas akibat COVID-19, sementara 66 peratus pula mengakui tidak mempunyai simpanan yang mencukupi sekiranya mereka tiada pekerjaan untuk enam bulan akan datang.
Ia merupakan antara dapatan kaji selidik kaji COVID-19: Tinjauan Awam Malaysia - Menerokai Ketidakpastian Dalam Tempoh Mencabar, melibatkan 15,340 responden yang mewakili majoriti demografi di negara ini.
Dalam kaji selidik itu, firma konsultan Berkshire Media Sdn Bhd berkata, magnitud akibat impak kewangan ke atas rakyat Malaysia ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mahupun pasca PKP, sama sekali tidak boleh dibiarkan.
Mengulas mengenai perkara itu, Felo Akademi Sains Malaysia Dr Madeline Berma berkata, ia seharusnya membuka mata atau sedikit sebanyak mengubah minda rakyat Malaysia untuk lebih bersedia di masa hadapan.
Bercakap kepada Astro AWANI hari ini, beliau berkata, kewangan individu tidak boleh berubah semata-mata dengan bantuan kerajaan melalui beberapa siri pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sebelum ini.
“Pertama sekali kita mesti belajar dari pengalaman ini. Ini satu situasi tak pernah berlaku dalam sejarah kehidupan kita di Malaysia ini. Sebab apa yang berlaku sekarang adalah dwi-pandemik, iaitu wabak ekonomi dan wabak kesihatan.
“Kalau kita lihat beberapa kajian yang dijalankan, jumlah tabungan yang ada untuk kebanyakan rakyat Malaysia adalah kurang mencukupi, atau langsung tidak mencukupi untuk mengekalkan kelangsungan kehidupan yang sederhana atau wajar dalam masa yang akan datang,” katanya.
Madeline berkata,apa yang pasti keadaan ini menuntut perubahan minda dan juga dari segi gaya melakukan aktiviti ekonomi.
“Kita perlu ambil iktibar dari musibah yang berlaku atau ujian. Yang penting, setiap kali ujian begini pasti ada cabaran dan peluang. Kita cari peluang, peluang pertama sekali bagaimana kita boleh pelbagaikan sumber pendapatan kita.
Kalau selama ini kita hanya bekerja satu pekerjaan dan satu sahaja sumber. Ini masa kita fikirkan bagaimana kita cari sumber baru sama ada secara dalam talian atau bersemuka atau face-to-face, atau perniagaan aktiviti ekonomi yang biasa,” katanya lagi.
Madeline berkata, kini merupakan masa yang paling sesuai untuk rakyat Malaysia mencari ruang dan peluang dalam ekonomi gig.
“Kita melihat dalam keadaan persaingan, ia memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk gunakan Teknologi Maklumat (IT) atau Teknologi Internet dan Komunikasi (ICT) dimanfaatkan untuk kemudahan mereka lakukan perniagaan dan aktiviti ekonomi yang sebelum ini jual meniaga hanya di kedai biasa.
‘’Bayangkan pasar Ramadan akan datang, kita melihat perniagaan di mana ada platform kita berniaga dan membeli melalui internet. Maknanya tawar menawar, atas talian, platform baru ini akan beri satu cara atau kita beri kesedaran dan pentingnya internet masa akan datang,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Apr 12 2020

PKP dan COVID-19 seharusnya membuka mata atau sedikit sebanyak mengubah minda rakyat Malaysia untuk lebih bersedia di masa hadapan.
Tak gunakan 'reformasi' kerana berlainan pegangan parti - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta maaf kerana tidak menggunakan perkataan 'reformasi' kerana berbeza pegangan parti walaupun setuju tentang pelaksanaannya, semasa berucap di Majlis Sesi Permukiman Setahun selepas Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB2024).
#AWANInews
#AWANInews
Tidak munasabah jika orang asli tidak mendapat hak yang sama
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak munasabah jika orang asli tidak mendapat hak yang sama dengan bumiputera lain. Sebarang kekurangan tentang perkara yang dilakukan pemuka terdahulu harus dikaji dan diselesaikan.
#AWANInews
#AWANInews

Kerajaan terus sokong usaha pemangkin pertumbuhan baharu Johor - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan terus menyokong usaha memastikan infrastruktur dan kemudahan berada pada tahap tertinggi demi memperkukuh keyakinan pelabur serta kejayaan menyeluruh JS-SEZ.

Suri rumah, rakan didakwa rompak barang kemas ibu mentua
Seorang suri rumah yang kononnya disamun empat lelaki bertopeng yang memecah masuk rumahnya di Felda Chini Timur 1, Pekan Mac lalu dan seorang rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan di sini pada

Himpunan Melayu Berdaulat diteruskan dengan kawalan polis
Himpunan Melayu Berdaulat yang dijadual berlangsung pada Sabtu di ibu negara diteruskan dengan pasukan polis bertindak sebagai pemudah cara.

Bekas Setiausaha Bahagian, Jabatan Perdana Menteri didakwa salah guna RM200,000
Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyalahgunakan peruntukan RM200,000.

Murid cedera akibat terhantuk, bukan dibaling bekas pensel oleh guru – Polis
Polis menafikan dakwaan seorang murid sekolah rendah di daerah ini cedera di kepala akibat dibaling bekas pensel oleh guru seperti yang tular di media sosial.
Dua lelaki ditahan cuba seludup keluar lebih 300 haiwan eksotik
Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai cuba menyeludup keluar lebih 300 haiwan eksotik dianggarkan bernilai RM460,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Rabu lepas.
Kereta terjunam dalam parit, dua saudara maut
Seorang lelaki warga emas dan jirannya maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan masuk ke dalam parit di Jalan Bernam Batu 10, Tanjung Karang, Kuala Selangor, pada Jumaat.

Pempengaruh disyaki hantar gambar lucah kepada remaja ditahan polis
Seorang pempengaruh ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar mesej berbaur lucah kepada remaja perempuan berusia 14 tahun.

Tengku Mohd Azzman Shariffadeen dilantik Presiden ASM ke-6
Felo Kanan Akademi Sains Malaysia (ASM) Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim dilantik sebagai Presiden ASM keenam berkuat kuasa hari ini.

MOSTI pelawa kerjasama antarabangsa bagi jayakan Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara
IIASA mempunyai kepakaran dalam analisis sistem bagi pelbagai bidang disiplin terutama yang berkaitan dengan sains alam sekitar.

Sistem pengawasan STIE Trend Watch bantu tingkat jumlah penyelidik industri - Dr Adham
MOSTI dan ASM sedang membangunkan STIE Trend Watch bagi meningkatkan jumlah peratusan penyelidik dalam sektor industri.

MOSTI akan bangun platform perkongsian data mentah penyelidikan
Data mentah itu akan dihimpun oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) menerusi Platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP).

Pasca PKP: Tingkatkan tabungan, pelbagaikan sumber pendapatan - Dr Madeline
PKP dan COVID-19 seharusnya membuka mata atau sedikit sebanyak mengubah minda rakyat Malaysia untuk lebih bersedia di masa hadapan.

Lima pensyarah USM diiktiraf saintis terbaik negara
Lima saintis USM diiktiraf sebagai Saintis Terbaik Negara oleh Akademi Sains Malaysia atas sumbangan yang sangat signifikan dalam bidang penyelidikan masing-masing.