awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca PRU15: Muhyiddin, Anwar tiba di Istana Negara

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
22/11/2022
08:24 MYT
Pasca PRU15: Muhyiddin, Anwar tiba di Istana Negara
Muhyiddin dilaporkan tiba jam 4.05 dengan menaiki kenderaan Toyota Alphard berwarna hitam, manakala Anwar pula dilihat memasuki perkarangan Istana Negara sekitar jam 4.10 petang dengan menaiki kenderaan BMW berwarna hitam. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kedua-dua ketua gabungan itu dipanggil menghadap selepas tiada Ahli Dewan Rakyat mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu pasca Pilihan Raya Umum (PRU15).
Muhyiddin dilaporkan tiba jam 4.05 dengan menaiki kenderaan Toyota Alphard berwarna hitam.
Manakala Anwar pula dilihat memasuki perkarangan Istana Negara sekitar jam 4.10 petang dengan menaiki kenderaan BMW berwarna hitam.
Kedua-dua mereka sempat melambai kepada media sejurus tiba memasuki Pintu 2 Istana Negara.
Sebelum ini Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dilihat turut memasuki Istana Negara jam 3.45 petang.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun turut dilihat memasuki Istana Negara tengah hari tadi.
Terdahulu YDP Agong menitahkan ketua gabungan PN dan PH menghadap baginda di Istana Negara jam 4.30 petang.
Topic Berkaitan
#Istana Negara
#Muhyiddin Yassin
#Anwar Ibrahim
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan