awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pascabanjir: SKM dan GKM kumpul RM200,000 untuk mangsa

Astro Awani
Astro Awani
31/12/2021
09:22 MYT
Pascabanjir: SKM dan GKM kumpul RM200,000 untuk mangsa
Seorang kakitangan SKM membersihkan kediaman anggota koperasi di Temerloh dan Mentakab semasa Program CSR Bantuan Banjir Suruhanjaya Koperasi Malaysia Bersama GKM. - Foto SKM
KUALA LUMPUR: Sebanyak RM200,000 hasil sumbangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersama Gerakan Koperasi Malaysia (GKM) telah berjaya dikumpul bagi membiayai bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas, makanan, pakaian, wang tunai serta peralatan pembersihan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di Shah Alam, Klang, Hulu Langat dan Tanjung Karang.
Pengerusi Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (Koputra) merangkap Pengerusi Program yang mengetuai misi pasca banjir di daerah Temerloh dan Mentakab, Zaharuddin Alias berkata, seramai 24 anggota sukarelawan terdiri daripada kakitangan SKM serta 10 buah koperasi telah turut terlibat mengedarkan bantuan serta kerja-kerja pembersihan.
Jelasnya, antara koperasi yang terlibat adalah Koputra, Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) serta Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (Kobanas).
"SKM telah melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bantuan Banjir Suruhanjaya Koperasi Malaysia Bersama Gerakan Koperasi Malaysia bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.
"Inisiatif mengadakan program ini adalah bersesuaian dengan prinsip ketujuh gerakan koperasi iaitu prihatin terhadap masyarakat di mana koperasi sentiasa prihatin dan responsif terhadap apa yang berlaku dalam masyarakat sekeliling.
"Misi pascabanjir yang digerakkan ini terbahagi kepada dua fasa iaitu pertama, menyalurkan sumbangan bantuan makanan kepada mangsa banjir manakala fasa kedua iaitu membantu kerja-kerja pembersihan rumah anggota-anggota koperasi yang terjejas akibat banjir di kawasan Mentakab dan Temerloh," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
BACA LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, pihaknya telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (bahaya) di lapan negeri di utara, Pantai Timur, selatan Semenanjung serta Sabah, hari ini.
Tegasnya, amaran itu dikeluarkan ekoran luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga Isnin ini.
Dalam pada itu kata Zaharuddin, Program CSR Bantuan Banjir Suruhanjaya Koperasi Malaysia Bersama Gerakan Koperasi Malaysia akan diteruskan ke tiga lagi lokasi iaitu daerah Hulu Langat, Kuala Selangor serta Lanchang di Pahang pada 1 Januari 2022.
Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah, sehingga pukul 9 malam ini.
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Koperasi Malaysia
#pascabanjir
#Program Tanggunjawab Sosial Korporat
#Banjir 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan