FENOMENA kata "passion" memang kerap terlebih guna. Ia jadi kata yang kerap kena rogol setiap kali orang mahu melobi ketrampilan diri berkaitan kerjaya atau minat.
"Passion" secara tafsiran umum, lebih relatif sebagai kata positif mempromosi diri bagi orang yang mahu dilihat "hebat" terhadap minat atau kerjayanya.
Sinisnya, anak muda sekarang gemar dengan kata "passion". Cuma, bezanya ia jadi kata lagak untuk mengangkat status diri dan personaliti.
"Passion" kini kata murahan yang dirogol sesuka hati; sekadar untuk "trending" diri.
SIAPA RAZALI ISMAIL?
Razali Ismail (lahir 1939) nama besar dalam sejarah diplomatik moden.
Razali, anak Malaysia pertama dilantik sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada penggal 1989 hingga 1990.
Pada 16 September 1996, Razali Ismail dipilih sebagai Presiden Perhimpunan Agung PBB ke 51.
Bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) ini berada dalam banyak senario krisis politik dunia terutama puncak pasca Perang Dingin.
Pengalaman diplomatiknya luar biasa.
Ketika persekitaran politik dunia sedang melalui fasa baharu dan Blok Komunis sudah rebah - dunia pada dekad 90an berdepan kesan domino akibat kecelaruan pasca komunis yang sangat meluas.
RAZALI MUNCUL KETIKA DUNIA BERGOLAK
Runtuhnya empayar Kesatuan Soviet di Rusia dan robohnya Tembok Berlin di Jerman menyebabkan dunia melalui peralihan politik yang drastik. Rusia terpaksa membebaskan 15 negara jajahannya.
Di Eropah Timur dan Asia Tengah muncul pelbagai negara merdeka sebagai bekas jajahan Soviet.
Latvia, Lithuania, Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Maldova, Ukraine dan Georgia terbina di Eropah Timur.
Di Asia Tengah muncul negara Islam merdeka - Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan.
Komunis Rusia hilang pengaruh berikutan kegagalan rejim sosialis Glasnost dan Perestroika pimpinan Mikail Gorbachev.
Selain memerdekakan 15 negara, Rusia turut kehilangan sekutu utama Yugoslavia yang lenyap daripada peta dunia.
Ketika dunia sedang bercelaru mencari hala tuju baharu, Razali dipilih mengetuai Majlis Keselamatan PBB.
Sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan PBB, Razali berdepan pelbagai krisis pasca Soviet. Krisis politik perebutan kuasa di negara-negara bekas jajahan Rusia mencetuskan gelombang kekacauan di Eropah Timur dan Asia Tengah.
Yugoslavia paling kritikal. Perpecahan kaum Slav sudah menampakkan tanda-tanda krisis ke arah perang penghapusan etnik dan pertempuran agama.
Ringkasnya, ketika mengetuai Majlis Keselamatan PBB, Razali berperanan sebagai agen utama yang bersidang di New York bagi menangani iklim politik yang hangat selepas era Perang Dingin.
DISIPLIN RAZALI ISMAIL "LUAR BIASA"
Pada saya, Razali profil tulen bagi tafsiran sebenar sikap "passion". Bukan soal kerjayanya yang luar biasa. Tetapi sikapnya terhadap disiplin yang tinggi sebagai diplomat.
Saya menulis pengalaman berdepan "passion" Razali dan impaknya terhadap kerjaya saya selama 25 tahun hingga hari ini.
Razali mengajar mengenai mahalnya disiplin dalam etika "passion".
Pengalaman diplomatik yang luas dan sifat intelek serta IQ sentimental sebagai manusia - meletakkan Razali dalam kelas tersendiri sebagai diplomat.
Wajah bersihnya serta pertuturan yang 'stailo' menjadikan bekas pelajar MCKK ini punya aura diri yang magis.
Selepas dua tahun mengetuai UNSC, peranan Razali terus ditagih PBB.
Karektor dan karismanya menjadikan nama bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia ini kekal mekar di peringkat global.
Pada 2005, ketika aktivis demokrasi Aung San Suu Kyi masih ditindas Junta Tentera Myanmar, Razali dilantik Wakil Khas PBB ke Myanmar.
Peranan Razali ialah untuk merundingkan proses keamanan dan mobilisasi demokrasi di negara diktatorian tentera itu.
Itu sejarah hebat Razali. Apa relevan intro ini dengan sikap "passion" Razali?
TEGAS DAN FOKUS DALAM KERJA
Jawabnya mudah: Razali sangat ultra terhadap disiplin waktu. Dia sangat tegas dalam soal memelihara nama baik kerjaya diplomatik. Malah, "passion" dalam falsafah Razali merangkumi sikap patriotisme.
"Kamu janji dengan saya pukul 3 petang. Saya berada di sini 2.50 petang. Kamu tetapkan waktu dan kamu juga yang lewatkan waktu!"
Pada tahun 2005, itu pengalaman pertama bertemu Razali.
Walaupun berwajah tenang dengan sepasang mata yang jernih di balik cermin mata bulat dan bersih, wajah Razali nampak serius dan cakapnya "straight forward".
Sebagai wartawan, saya memohon maaf.
"Tan Sri, saya minta maaf banyak-banyak. Saya lewat tiga minit sebab kereta kru televisyen tidak dibenarkan berhenti di pintu utama hotel. Saya terpaksa parkir jauh," jawab saya.
Tanpa basa-basi dan sambil duduk di sofa sudut lobi hotel, dengan bahasa tubuh yang lembut tetapi bernada serius - Razali menjawab pantas.
"Kalau macam itu biasakan diri datang 30 minit. Jadi awak ada masa tangani masalah dan lebih bersedia," katanya.
Saya mendiamkan diri. Kru segera memasang kamera. Saya duduk di sofa berdepan Razali.
Kru masih memasang tripod, menyiapkan setting kamera dan audio.
"Awak masih muda, kena hargai waktu. Sebab sikap terhadap waktu menentukan personaliti kita," kata Razali.
Saya benar-benar rasa bersalah. Razali profil dihormati. Namanya bukan genre tempatan. Dia simbol diplomatik dan suara keamanan sejagat.
"Pukul 3 petang kita patut mulakan temu bual. Awak lewat dan sekarang sudah pukul 3.12 petang. Lewat datang dan lewat lagi sebab kamera belum siap," katanya.
Kali ini suaranya lebih diplomatik. Namun, matanya tetap membulat tanda dirinya serius.
"Awak buat saya berasa tidak selesa. Sikap awak menyebabkan saya menilai awak dan syarikat awak sebagai kurang disiplin.
"Kalau awak wakili negara, sikap awak akan membuat orang melihat disiplin negara kita sebagai remeh," katanya.
SAYA BELAJAR & TIDAK SENTAP
Sumpah. Waktu itu saya tidak tersinggung. Selepas 11 tahun jadi wartawan; hari itu Razali menjadi guru yang mengajar saya soal disiplin masa.
Saya "passion" dengan kerjaya sebagai wartawan. Tetapi Razali mengajar saya, lewat tiga minit - saya seorang yang diremehkan.
Malah, saya yang berasa kononnya "passion", membuat Razali memandang rendah kerjaya wartawan. Malah, mengimpak pada syarikat tempat saya bekerja.
Tepat 3.15 minit, kru mengisyaratkan kamera dan audio sudah sedia untuk memulakan rakaman.
Cuma saya tetap menggelabah.
AWAK ADA 5 MINIT!
"Boleh kita mulakan Tan Sri?" Tanya saya.
"Ada lima soalan awak minta. Nampaknya sebab lewat, saya hanya ada masa untuk menjawab dua atau tiga soalan sahaja," katanya.
Wawancara bermula. Terus ke isu Myanmar. Saya berasa masa bergerak sangat pantas.
Saya menyoal pantas sebelum Razali memendekkan lagi jumlah soalan kerana faktor masa.
"PASSION" RAZALI SELAMATKAN SAYA
Saya bertanya satu demi soalan dan Razali terseru menjawab. Pertanyaan soal isu global merebak jauh dari Myanmar ke Iraq ke Afghanistan ke Kosovo. Malah menyangkut isu Islamophobia.
Semuanya lebih 10 soalan.
"Passion" Razali pada isu diplomatik menyelamatkan tugasan saya hari itu. Walaupun lewat dan Razali kecewa dengan disiplin saya, sesi rakaman kekal rancak.
Rakaman berakhir. Namun, kelegaan sebenar saya bukan lagi kerana kesudian Razali menjawab soalan melebihi janji awal.
Saya semacam jadi tersedar dan berlapang dada kerana "mood" Razali kelihatan progresif dan penuh "passion".
Malah, teguran tegas dan "straight forward" Razali mengenai kelewatan, membuatkan saya sedar. Itu kesedaran yang mengubah sikap kerja saya selama 25 tahun.
"Passion" bukan sekadar minat dan rasa ghairah. "Passion" ialah personaliti dan mentaliti yang berdisiplin.
RAZALI YANG HUMANIS
Selesai kru mengemas kamera, Razali memanggil pelayan dan kopi dihidangkan. Ketika itu sekali lagi Razali berpesan.
"Awak masih muda. Kalau kerjaya ini "passion" awak, lakukan dengan betul. Bukan sahaja wartawan kena bijak dalam menyoal dan memilih isu, kita kena bijak mengurus masa," katanya.
Razali gembira dengan 20 minit sesi soal jawab kerana isu-isu keamanan sejagat ialah "passion" seorang diplomat.
Namun, "passion" lengkap bagi tokoh seperti Razali, sebenarnya bukan pada IQ atau semangat. "Passion" ialah sikap profesional terhadap menghargai waktu.
Bagi saya, Razali telah mengajar nilai sebenar mengenai "passion". Ia bukan setakat kerjaya, IQ atau topik.
Impresi "passion" tidak dimiliki oleh si penghina waktu!
Penulis merupakan wartawan dan penulis sastera. Antara novelnya, Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012) dan Empunya Hikayat (2014).
Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Zainal Rashid Ahmad
Thu Jan 21 2021
Razali ialah anak Malaysia pertama dilantik sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan PBB pada penggal 1989 hingga 1990.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Kecewa dengan Ketua Bahagian UMNO Balik Pulau, 100 ahli keluar parti, bubar cawangan
Kira-kira 100 ahli UMNO Cawangan Matahari Naik di sini mengumumkan keluar parti serta-merta sekaligus membubarkan cawangan tersebut.
'Passion' tidak dimiliki si penghina waktu! Mahalnya disiplin kerja Tan Sri Razali Ismail
"Passion" secara tafsiran umum lebih relatif sebagai kata positif mempromosi diri bagi orang yang mahu dilihat "hebat" terhadap minat atau kerjayanya.
Tayar pecah punca kemalangan lapan kenderaan, tiga maut, di Lebuhraya PLUS
Tayar sebelah kanan hadapan treler muatan besi itu dipercayai pecah, menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang besi jalan, menyebabkan halangan di lorong kanan.
Anggota Rela maut motosikal rempuh treler
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 7.50 malam itu, mangsa Jamaludin Ahmed, yang beralamat di Kampung Beliang, Manong meninggal dunia di tempat kejadian.
Polis buru lelaki pancing duit tabung masjid
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Razali Ismail berkata, kejadian itu hanya disedari siak masjid pada 7.30 malam apabila dimaklumkan wang tabung di ruang solat wanita hilang.
Warga Thailand maut, tiga rakan terselamat, kereta bertembung lori
Dalam kemalangan kira-kira jam 10 malam itu, Stasu Cheyor, 26 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala.
Dadah, pistol mainan dan vest polis ditemui dalam kereta
Polis mengesahkan tiada kejadian tempat menembak seperti yang didakwa di dalam video dan gambar yang tular mengenai kejadian itu.
Razali Ismail letak jawatan sebagai pengerusi SUHAKAM
Beliau yang memangku jawatan pengerusi sejak 2016 sepatutnya mengakhiri tempoh tugas selama tiga tahun pada 27 April.
Suhakam kecam kenyataan Nazri Aziz
SUHAKAM mengecam kenyataan Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam satu ceramah di Semenyih baru-baru ini.
Selepas tangguh, sambutan Hari Hak Asasi Manusia diadakan Ahad
Selepas ditangguhkan, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) memutuskan supaya penganjuran Hari Hak Asasi Manusia diadakan pada Ahad.