awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan bantuan Adun Jeneri terkandas 1 jam dalam misi menyelamat mangsa banjir

Astro Awani
Astro Awani
02/05/2017
04:21 MYT
Pasukan bantuan Adun Jeneri terkandas 1 jam dalam misi menyelamat mangsa banjir
Ini merupakan kali kedua rumah penduduk yang tinggal berhampiran sungai Sik ini dinaiki air, namun kali ini lebih teruk di mana air sedalam satu meter melimpahi rumah mereka. - Gambar hiasan
Pasukan Bantuan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri tersangkut lebih satu jam ketika misi memindah serta menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Sik, Kedah pada malam Isnin.
Kenderaan pacuan empat roda (4X4) yang membawa Adun Jeneri, Mahadzir Abdul Hamid, tekandas di luar jalan akibat tidak dapat memasuki ke dalam Kampung Charok Pasir apabila air naik setinggi satu meter.
Pasukan bantuan terpaksa menunggu lebih satu jam sebelum air mulai surut dan boleh dilalui kenderaan.
Lima buah rumah rumah turut terjejas di Kampung Charok Pasir akibat air yang mula naik sekitar jam 9 malam.
Dua buah rumah yang dihuni tiga keluarga di Kampung Batu Besar, dekat Jeneri Sik turut dimasuki air.
Bagaimanapun tiada mangsa yang dipindahkan.
Bimbang keadaan hujan yang tidak menentu, mahadzir telah mengarahkan pasukan bridget sukarelawan daerah Sik di tempatkan di kawasan terjejas banjir bagi bersiapsiaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Beliau yang sempat melawat mangsa turut menghulurkan bantuan awal sumbangan berupa pek makanan seperti beras, gula, kopi, dan biskut selain selimut dan bantal.
Ini merupakan kali kedua rumah penduduk yang tinggal berhampiran sungai Sik ini dinaiki air, namun kali ini lebih teruk di mana air sedalam satu meter melimpahi rumah mereka.
Topic Berkaitan
#ADUN Jeneri
#Ahli Dewan Undangan Negeri
#air
#banjir
#Kampung Charok Pasir
#Mahadzir Abdul Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan