PUTRAJAYA: Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi masih lagi berfungsi seperti biasa meskipun kerajaan kini adalah sementara atau caretaker berikutan pembubaran Parlimen ke-14 pada 10 Oktober lepas, kata Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa.
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata pasukan itu juga tidak dibubarkan kerana masalah berkaitan inflasi masih lagi menjadi tanggungjawab kerajaan ketika ini.
"Pasukan ini tidak dibubarkan sebab inflasi dan masalah itu sentiasa ada dan ia terus menjadi tanggungjawab kepada kerajaan untuk memantau walaupun dalam bentuk caretaker," katanya dalam sidang media sempena Majlis Pelancaran Kira Detik Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 29 Jun lepas mengumumkan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang dipengerusikan Annuar bagi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.
Pasukan itu turut dianggotai Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa 10 Oktober untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Zuki pada 10 Oktober lepas dilaporkan berkata Kabinet yang diterajui Ismail Sabri berfungsi sebagai kerajaan caretaker dengan mesyuarat Kabinet masih boleh dijalankan seperti biasa walaupun Parlimen dibubarkan.
Annuar berkata Pasukan Jihad Tangani Inflasi itu masih lagi bermesyuarat setiap awal bulan bagi menentukan harga siling minyak masak sawit botol berdasarkan kadar harga minyak sawit mentah (CPO).
"Kita sepatutnya bersidang dua kali seminggu tapi kita beri peluang kepada wakil rakyat yang 'terkejut' dengan pembubaran Parlimen untuk cepat-cepat balik bagi melihat persiapan di kawasan masing-masing.
"Sebab itu kita belum adakan mesyuarat untuk minggu ini tapi mungkin kita perlu adakan mesyuarat pada minggu hadapan," katanya.
Mengenai keberadaan bekalan ayam dan telur di pasaran, beliau berkata perkara itu masih dipantau oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
Mengenai Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia, Annuar mahu proses pengagihan peranti kepada pelajar layak dipercepatkan.
"Saya mahu peranti ini diagihkan segera dan ia tidak perlu ada di dalam stor lama-lama...pembekal perlu tambah petugas mereka dan all out di pusat pengagihan. Ini bagi memastikan peranti sampai kepada mahasiswa dalam masa yang cepat," katanya.
Semalam, Annuar memaklumkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia komited menyegerakan pengagihan peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada 279,188 pemohon yang telah diluluskan menjelang akhir bulan ini.
Sehingga kini, sebanyak 474,311 permohonan untuk PerantiSiswa Keluarga Malaysia diterima melibatkan 95,882 bagi fasa pertama dan 378,429 untuk fasa kedua.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022
Annuar berkata pasukan itu juga tidak dibubarkan kerana masalah berkaitan inflasi masih lagi menjadi tanggungjawab kerajaan ketika ini. - Gambar fail
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
Ban Sungai Langat pecah punca banjir kilat di Kajang
Ban Sungai Langat pecah dikenal pasti antara punca kejadian banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Kajang pada Rabu lalu.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Solidariti Pan-gon bersama Faisal
Kim Pan-gon menyatakan sokongan padu kepada pemain berusia 26 tahun itu agar segera pulih dan kembali beraksi di padang.
Buah kerdas sumber pendapatan tambahan buat tiga sahabat
Buah kerdas atau juga dikenali dengan panggilan buah genuak merupakan tumbuhan liar di kawasan hutan yang enak dimakan sebagai ulam bersama nasi.
Nawabs ramal kemarau dua bulan lebih awal, bantu agensi sedia langkah mitigasi
Amaran awal membolehkan semua agensi berkaitan khususnya agensi teknikal merancang persediaan awal dan mengambil tindakan mitigasi bersesuaian.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
Takiyuddin patut berhenti guna politik murahan - Nik Nazmi
Strategi politik murahan bagi meraih undi pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak memberi keuntungan kepada pengundi.
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkat bagi manfaat sektor rel negara
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkatkan bagi pembangunan dan pembangunan semula infrastruktur serta kemudahan sektor perkhidmatan rel negara ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.