awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan kerja Kertas Putih Perolehan Vaksin COVID-19 bukan untuk cari salah kerajaan terdahulu - Dr Zaliha

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
19/02/2023
05:20 MYT
Pasukan kerja Kertas Putih Perolehan Vaksin COVID-19 bukan untuk cari salah kerajaan terdahulu - Dr Zaliha
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berucap pada Majlis Perasmian Wellness Hub Hospital Sultanah Aminah di Wellness Hub hari ini. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Penubuhan pasukan kerja bagi merangka Kertas Putih Perolehan Vaksin COVID-19 bukan untuk mencari salah dan kesilapan pentadbiran kerajaan terdahulu, sebaliknya ia bagi memastikan langkah dan cara terbaik selain lebih berintegriti untuk tujuan itu.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, laporan pasukan kerja itu akan disiapkan secepat mungkin.
Ia akan dibentangkan kepada Kabinet untuk mendapatkan kelulusan, sebelum dibentangkan kepada Parlimen.
"Kita seperti yang saya sebut hari itu, kita telah tubuhkan jawatankuasa melihat dari sudut penyediaan Kertas Putih dokumen vaksin itu, kita melihat juga beberapa perkara yang kita boleh tambah baik daripada yang telah kita dengar sebelum ini, yang telah dibentangkan oleh PAC.
"Bukan untuk melihat kesilapan, kesalahan tetapi untuk mengeluarkan satu cara terbaik, lebih berintegriti, memastikan ada juga keuntungan dari pihak kerajaan dan sebagainya. Kita faham dokumen itu dilakukan pada waktu darurat, tetapi mungkin ada perkara yang kita perlu titik beratkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Wellness Hub Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini.
Ketika ditanya berhubung pembekalan ventilator ketika pandemik COVID-19 yang kebanyakkannya rosak, Zaliha menjelaskan pihaknya mengambil maklum perkara itu.
"Itu saya telahpun dimaklumkan, pegawai telah berikan briefing pada saya, kita ambil maklum dengan yang lain-lain perkara itu dilakukan waktu darurat dan lihat dimana kita boleh lakukan pembaikan daripada semua itu," tambahnya.
Pada 16 Februari lalu, laporan Ketua Audit 2021 Siri 2 mendedahkan 93 daripada 136 ventilator yang diperoleh Pharmaniaga Logistics untuk Kementerian Kesihatan dari 2020 hingga 2022, rosak melibatkan kerugian RM13 juta.
Bagaimanapun kerajaan tidak boleh menuntut RM13 juta yang dibelanjakan terhadap peralatan rosak itu kerana tiada perjanjian ditandatangani dengan Pharmaniaga, kerana perolehan dilakukan di bawah 'tatacara perolehan darurat'.
Topic Berkaitan
#Kertas Putih vaksin COVID-19
#Zaliha Mustafa
#Kementerian Kesihatan
#PAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan