awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan keselamatan dihantar pantau perairan utara Sabah

Bernama
Bernama
16/10/2014
15:30 MYT
Pasukan keselamatan dihantar pantau perairan utara Sabah
PDRM telah menggerakkan anggota ke bahagian utara Sabah - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menggerakkan anggota ke bahagian utara Sabah khususnya di perairan kawasan sempadan berikutan kejadian tembakan di perairan Kudat semalam.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) juga dimaklumkan untuk mengerakkan aset mereka termasuk Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Perkara ini dilakukan setelah dua awak-awak sebuah bot nelayan Vietnam dilaporan cedera ditembak dipercayai oleh sekumpulan perompak dari Filipina yang mahu merompak bot itu.
Nelayan berkenaan yang bekerja dengan majikan tempatan dikatakan berada dalam kawasan perairan Filipina, iaitu 20 batu nautika di timur Pulau Banggi dan 50 batu nautika dari Pulau Kagayan, Filipina.
Namun beliau memberitahu pemberita belum dapat dipastikan pihak sebenar yang melepaskan tembakan.
Jalaluddin berkata perkara itu akan turut dirujuk kepada pihak Konsulat Filipina serta laporan akan dibuat untuk dihantar kepada pihak Interpol serta kerajaan Malaysia dan Filipina.
Beliau sebelum itu menyaksikan acara serah terima tugas jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah antara Supt Saiman Kasran dan DSP Md Razif Alang Mat Jaya.
Md Razif yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah akan menggantikan Saiman yang akan bertukar ke Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#APMM
#ESSCom
#PDRM
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan