KUALA LUMPUR: Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan mengadakan perbincangan pada minggu hadapan bagi menggalakkan semua outlet, kedai runcit dan pasar raya melancarkan kempen jualan murah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Annuar, yang juga pengerusi pasukan khas itu, berkata sekiranya semua pihak melancarkan kempen jualan murah secara besar-besaran, ia membolehkan pengguna mengurus perbelanjaan mereka dengan lebih baik.
"Jadi kempen jualan murah ini boleh diadakan jika peniaga tidak ambil sikap terlalu tamak atau pentingkan diri sedangkan mereka berkeupayaan menjalankan program jualan murah. Jadi program jualan murah ini tidak perlulah tunggu akhir tahun," katanya selepas meninjau harga makanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak hari ini.
Beliau berkata pihaknya merancang untuk program jualan murah itu bermula pada Ogos atau September dan akan berunding dengan lebih banyak pihak supaya dapat melakukan jualan murah bagi membantu pengguna mengimbangi kenaikan harga barang yang tidak dapat dielakkan.
"Jadi dengan cara begini, kerajaan menampung sedikit, pengguna pun tampung sedikit sebab naiknya terkawal, penjual pun tampung sedikit. Itu semangat Keluarga Malaysia dalam menangani inflasi. Kalau ini dapat dibuat oleh kita secara keseluruhannya, inflasi insya-Allah akan dapat kita kawal," katanya.
Terdahulu, Annuar meninjau harga makanan di Universiti Malaya bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata secara dasar, pasukan khas itu akan terus menyeru pengusaha dan peniaga supaya tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya.
Merujuk harga ayam sebagai contoh, Annuar berkata beliau memahami bahawa terdapat kenaikan kos tetapi tidak terlalu tinggi kerana ia merupakan barang terkawal yang ditampung oleh kerajaan.
"Maka diharap peniaga dapat memberikan kerjasama kepada rakyat dan masyarakat untuk tidak dengan sengaja menaikkan harga terlalu banyak yang menyumbang kepada inflasi.
"Saya tidak menafikan kos pengeluaran di semua peringkat seperti sayur, daging dan ikan ada kenaikan tetapi kos yang dialihkan kepada pengguna tidak setimpal dengan kos yang naik. Maka kalau kita semua tidak dengan sengaja menaikkan harga, kita menyumbang kepada mengurangkan kadar inflasi, itu maksud saya," katanya.
Menyentuh dakwaan kenaikan harga di premis makanan di institusi pengajian tinggi, Annuar berkara beliau mendapati perkara itu berlaku tetapi pada kadar yang tidak terlalu tinggi namun berpandangan peniaga perlu berusaha untuk tidak menaikkannya.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pengajian Tinggi kerana telah mengambil inisiatif melancarkan program Foodbank yang masih berjalan dengan sebahagian daripadanya mengedarkan barangan kering.
"Kalau kita dapat misalnya Foodbank yang ia (barangan) boleh kita berikan kepada pengusaha kafeteria dan mereka memasak serta membekalkannya pada harga rendah dan murah maka itu mungkin satu cara kita boleh merendahkan perbelanjaan mahasiswa daripada hanya kita mengedarkan barangan kering.
"Yang kedua, kita ada berunding dengan Menteri Pengajian Tinggi (Datuk Seri Dr Noraini Ahmad) dan beliau akan menyemak sejauh mana misalnya kita boleh berikan insentif kepada pengusaha kafeteria," katanya.
Pada Rabu lepas, media melaporkan inflasi yang meningkat di seluruh negara memberi kesan terhadap golongan pelajar apabila kafeteria universiti dan kedai koperasi mula menaikkan harga makanan serta barangan runcit dengan sesetengahnya dijual melebihi harga pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa bercakap pada sidang media selepas mengadakan tinjauan harga makanan di cafeteria Hafsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini. - Foto BERNAMA

Malaysia di landasan baik untuk mencapai pembangunan lestari - Maimunah
Malaysia berada pada landasan yang baik dalam mencapai perancangan dan pembangunan lestari yang maksimum.

AWANI Ringkas: Hukuman lebih berat untuk pelumba haram
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polisi untuk rakyat harus digubal bersama rakyat - Timbalan Setiausaha Agung PBB
Kata Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat, masyarakat harus dilibat samakan dalam setiap proses penggubalan dan pelaksanaan polisi supaya ia benar-benar memenuhi keperluan untuk menambah baik kehidupan mereka.

Adakah Malaysia di landasan betul menuju kelestarian? Ini jawapan Timbalan Setiausaha Agung PBB
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat menegaskan bahawa segala yang diperlukan untuk maju sudah ada, tinggal lagi kita perlu mula bertindak secara bersepadu dan selaras.

Kelestarian bukan diukur pada GDP semata-mata - Timbalan Setiausaha Agung PBB
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat menekankan bahawa perlunya kepimpinan yang berani untuk membawa Malaysia melonjak dari kerangka minda dan kerja yang lama untuk menuju kelestarian.

Gajah berkeliaran sekitar Kluang sudah dihalau
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor mengesahkan ada mengesan lebih 10 ekor gajah liar berkeliaran di sekitar Taman Seri Impian, Kluang, baru-baru ini.

Agenda AWANI: PTPTN: Membina generasi cemerlang
Sejauh mana penubuhan #25tahunPTPTN ini signifikan dengan keperluan rakyat khususnya pelajar dari golongan B40 apatah lagi dengan suasana ekonomi yang mencabar ketika ini? Diskusi 9 malam dalam Agenda AWANI #AWANInews

BLACKPINK bakal gegar Kuala Lumpur Mac 2023
Kumpulan K-pop BLACKPINK bakal menemui 'BLINKs' di Malaysia tidak lama lagi.

Skandal LCS: Bagaimana rakyat mahu percaya BN dalam PRU15? - Muhyiddin
Skandal yang melibatkan kerugian sebanyak RM9 bilion itu merencatkan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), jelas Muhyiddin.

MOSTI lancar Pelan Haja Tuju Teknologi Negara
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini melancarkan lima Pelan Hala Tuju Teknologi negara bagi memperhebatkan usaha Malaysia menjadi pembangun teknologi, sekali gus mengurangkan kebe

Tahap pematuhan had harga minyak masak hampir seratus peratus - Annuar
Annuar yang juga Menteri Komunikasi Dan Multimedia berkata, ada peniaga yang sanggup menurunkan harga lebih rendah daripada harga kawalan.

Belum ada keputusan ubah peraturan sekat eksport ayam - Annuar
Kerajaan belum membuat keputusan untuk mengubah sebarang peraturan berkenaan sekatan eksport ayam yang diumumkan pada 1 Jun lepas.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi: Keberkesanan perlu libat kerjasama, mekanisma jangka panjang
Pasukan tersebut harus meletakkan strategi serta mekanisma yang bersifat jangka masa panjang, dengan mengambil kira perspektif yang menyeluruh dan komprehensif.

Program Jualan Murah Keluarga Malaysia mulai 19 Ogos - Annuar
Beberapa barangan telahpun dikenal pasti oleh Suruhanjaya Koperasi dalam pembentangan mereka termasuklah ayam, minyak, gula.

Pengeluar 'liat' turunkan harga, kerajaan tetapkan harga maksimum minyak masak botol - Annuar
Annuar berkata, penjual minyak masak berbotol masih liat untuk menurunkan harga, biarpun harga minyak sawit telah turun.

Audit forensik terhadap syarikat pembungkusan minyak masak bersubsidi - Annuar
Jumlah pengeluaran bahan mentah itu akan diperiksa dan dianalisis sama ada kaedah yang digunakan ketika ini boleh diperbaiki atau dirombak.

Aduan bersifat umum sukarkan siasatan KPDNHEP - Nanta
Aduan bersifat umum berkaitan isu bekalan mahupun harga barangan pengguna tidak membantu pihak KPDNHEP dalam menentukan kesahihan sesuatu isu.

Harga minyak masak diturunkan secara berperingkat - Annuar
Penurunan secara berperingkat merupakan langkah segera yang disaran oleh kerajaan untuk menangani masalah minyak masak.

Komunikasi medium penting tangani inflasi, harga barang - Annuar Musa
Sekiranya pengguna tidak mendapat maklumat jelas berkaitan situasi yang berlaku, ia boleh menimbulkan masalah termasuk salah faham dan pembelian panik.

Kenaikan OPR: BNM, DOSM diminta beri penjelasan - Annuar
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) diminta untuk memberi penjelasan berhubung justifikasi kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada rakyat.