PUTRAJAYA: Pasukan petugas khas siasatan ke atas dakwaan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya 'My Story: Justice in the Wilderness' telah mengadakan mesyuarat pertama mereka di Kuala Lumpur, semalam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pasukan khas itu ditubuhkan bagi membuat kajian awal berhubung beberapa dakwaan yang ditulis dalam buku tersebut antaranya isu pelantikan hakim, campur tangan melampau badan eksekutif dalam sistem kehakiman dan pendakwaan terpilih.
"Pasukan petugas khas ini akan mengemukakan dapatan dan syor-syor kepada Jemaah Menteri dalam tempoh enam bulan dari tarikh lantikan," katanya dalam satu kenyataan.
Pasukan khas itu dipengerusikan Penasihat Undang-Undang Sarawak dan bekas Peguam Besar Sarawak Datuk Seri Fong Joo Chung, manakala Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri bertindak sebagai urus setia.
Pasukan khas itu dianggotai bekas Setiausaha Kerajaan Sabah Datuk Hashim Paijan serta bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang juga bekas Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Datuk Dr Junaidah Kamaruddin.
Ia turut dianggotai bekas Hakim dan Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara Datuk Jagjit Singh Bant Singh, dua peguam Datuk Shaharudin Ali dan K. Balaguru serta wakil daripada Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO).
Wan Junaidi berkata memorandum Jemaah Menteri berhubung penubuhan pasukan petugas khas itu termasuk terma rujukan, keanggotaan, implikasi kewangan telah dibentang dan diluluskan Jemaah Menteri.
Thomas telah menerbitkan buku berkenaan pada awal tahun ini namun menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak antaranya Jabatan Peguam Negara, peguam, ahli politik dan orang awam kerana didakwa mengandungi unsur hasutan, penghinaan dan fitnah.
Berikutan itu, polis telah menerima lebih 100 laporan terhadap Thomas berhubung penerbitan buku berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 24 2021

Pasukan petugas khas siasatan ke atas dakwaan Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya 'My Story: Justice in the Wilderness' telah mengadakan mesyuarat pertama mereka di Kuala Lumpur, semalam. - Gambar fail/BERNAMA

Sindiket seludup diesel tumpas
PGA merampas sebuah lori tangki selain bahan bakar berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM224,500.

MBSA mohon maaf insiden pertengkaran kakitangan, pelanggan
Kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

PATI Myanmar sembunyi di tanah perkuburan
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah berjaya menahan kesemua PATI yang berusia empat hingga 25 tahun.

Nahas pesawat China Eastern mungkin disengajakan - Laporan
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) percaya seseorang di dalam kokpit pesawat itu dengan sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas.

Empat emas diraih, Malaysia gagal perbaiki kedudukan keenam
Hari ke-10, Malaysia kekal berada di tempat keenam dengan 23 emas, 26 perak dan 55 gangsa.

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Sabah FC kongsi mata dengan pendahulu Liga Super, JDT
Skuad The Rhinos terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan Baddrol Bakhtiar.

Iran antara negara tertinggi kadar pemvaksinan di dunia
Iran adalah antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia, kata Pengarah Pencegahan Penyakit Kementerian Kesihatan Iran, Mohsen Zahraei pada Selasa.

Permintaan tinggi jenama tertentu tepung gandum punca kekurangan bekalan - Nanta
Negara hanya mengimport 15 peratus bekalan gandum dari India, Amerika Syarikat dan Ukraine manakala selebihnya dari Australia.

Orban angkat sumpah PM Hungary untuk penggal kelima
Dalam ucapannya, Orban memberi amaran bahawa masa sukar menanti di hadapan.

J/kuasa pemantauan bersetuju laporan interim PPK kaji dakwaan dalam buku Tommy Thomas
Laporan akhir yang disediakan PPK akan dibentang untuk pertimbangan Jemaah Menteri bagi menentukan tindakan selanjutnya.

Tommy Thomas nafi gugurkan kes dadah anak ahli perniagaan terkenal
Thomas menjelaskan, beliau hanya mengurangkan dakwaan yang dikenakan terhadap anak Tan Sri Vincent Tan.

Koroner ada kuasa dengar prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara - Mahkamah Rayuan
Koroner mempunyai bidang kuasa dan kuasa untuk mendengar, menghukum bagi apa-apa jenis penghinaan, walaupun di hadapan mahkamah atau di luar mahkamah.

Siasatan memoir Tommy Thomas: 'Satu intimidasi politik, salah guna aset kerajaan' - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) seharusnya menyelesaikan masalah dihadapi rakyat ketika ini dan bukannya digunakan untuk intimidasi politik Ahli Parlimen pembangkang.

Siasatan memoir Tommy Thomas: 'Saya ditanya empat soalan' - Wan Azizah
Ujarnya, beliau diminta untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menerusi satu mesej oleh pegawai polis bertugas.

Siasatan memoir Tommy Thomas: Wan Azizah hadir beri keterangan di Bukit Aman
Buku bertajuk -My Story: Justice in the Wilderness- ditulis bekas peguam negara Tommy Thomas itu diterbitkan tahun lalu.

Wan Azizah dipangil ke Bukit Aman petang ini
Wan Azizah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan penerbitan buku bertajuk 'My Story: Justice in the Wilderness'.

Kes Adib: Isu bidang kuasa koroner berkaitan prosiding komital diputus 8 Feb
Panel hakim memerlukan masa kerana terpaksa membuat lebih banyak penyelidikan mengenai perkara tersebut.

Pasukan khas kaji dakwaan Tommy Thomas adakan mesyuarat pertama
Pasukan petugas khas siasatan ke atas dakwaan Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya 'My Story: Justice in the Wilderness' telah mengadakan mesyuarat pertama mereka di Kuala Lumpur, semalam.

Tommy Thomas dakwa saman Najib terhadapnya, kerajaan, untuk tujuan politik
Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas mendakwa saman yang difailkan Datuk Seri Najib Razak terhadapnya adalah atas tujuan politik.