ISTANBUL: Pope Leo XIV pada Isnin menyuarakan “kebimbangan mendalam” terhadap rakyat Lubnan dan gereja di seluruh Asia Barat semasa pertemuan dengan Catholicos Aram I, lapor Anadolu Ajansi memetik Vatican News.
“Saya memberi jaminan doa harian saya dan kebimbangan mendalam yang saya rasakan terhadap rakyat Lubnan serta gereja di Asia Barat,” kata Pope Leo semasa perbincangan dengan Catholicos Aram I, ketua Gereja Apostolik Armenia.
Merujuk lawatannya ke Lubnan pada Disember lalu, Pope Leo menekankan tradisi lama negara itu dalam kehidupan bersama antara komuniti agama yang berbeza.
Beliau berkata Lubnan sedang berdepan “ujian berat” dan memberi amaran bahawa perpaduan serta integriti negara itu sekali lagi berada dalam ancaman.
Menurut Vatican, bidang kuasa Aram I meliputi Lubnan, Syria, Cyprus, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, rantau Teluk, Iran, Greece dan benua Amerika. Catholicosate itu beribu pejabat di Antelias, Lubnan sejak 1930.
Pertemuan tertutup itu menandakan lawatan rasmi pertama oleh Catholicos berkenaan ke atas Pope Leo XIV.
-- BERNAMA-ANADOLU