awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan khas siasat bocor maklumat akan ditubuhkan - KPN

Astro Awani
Astro Awani
18/09/2017
05:25 MYT
Pasukan khas siasat bocor maklumat akan ditubuhkan - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya memandang serius perkara berkenaan kerana perkara seumpamanya sudah banyak kali berlaku. - Foto BERNAMA
Satu pasukan khas akan ditubuhkan bagi menyiasat kebocoran maklumat dan perincian penyiasatan kes kebakaran pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya memandang serius perkara berkenaan kerana perkara seumpamanya sudah banyak kali berlaku.
“Saya mengarahkan Ketua Polis Kuala Lumpur untuk menubuhkan pasukan khas itu dengan seberapa segera.
“Pasukan khas itu akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan kerana mendedahkan maklumat serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia.
“Jika terdapat mana-mana pegawai atau anggota kita yang didapati bersalah dalam hal ini, kita bukan sahaja akan ambil tindakan di peringkat jabatan, malah akan turut diambil tindakan mengikut undang-undang,” tegas Mohamad Fuzi.
Beliau ditemui pada sidang media selepas meraikan atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbabit dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Bukit Aman, pada Isnin.
Katanya, siasatan bukan hanya ke atas pegawai dan anggota polis, malah akan turut membabitkan agensi lain yang berkaitan.
Sehingga Ahad, 13 individu yang terdiri daripada pegawai dan anggota polis dirakamkan keterangan mereka bagi membantu siasatan.
BACA: Kebocoran maklumat siasatan, 13 anggota PDRM disiasat
Pada Sabtu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh terpaksa mempercepatkan sidang media berhubung tangkapan tujuh suspek yang mendalangi kejadian kebakaran pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, berikutan penularan maklumat sulit siasatan.
Topic Berkaitan
#kebocoran maklumat
#Ketua Polis Negara
#Mohamad Fuzi Harun
#pasukan khas
#tahfiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan