awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua NATO sambut baik kemajuan usaha 'tamatkan perang Ukraine'
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan penyiasat JKKP mulakan siasatan segera tapak projek LRT3 - KSM

Bernama
Bernama
30/07/2021
09:04 MYT
Pasukan penyiasat JKKP mulakan siasatan segera tapak projek LRT3 - KSM
KSM memaklumkan, siasatan itu melibatkan Bahagian Kejuruteraan Forensik dan Bahagian Keselamatan Tapak Bina JKKP. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah mengarahkan pasukan pegawai penyiasat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Wilayah Persekutuan serta JKKP Selangor memulakan siasatan segera susulan insiden runtuhan perancah besi struktur pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Bandar Bukit Tinggi, Klang.
KSM dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan komprehensif itu melibatkan Bahagian Kejuruteraan Forensik dan Bahagian Keselamatan Tapak Bina JKKP bagi mengenal pasti punca kejadian.
Siasatan juga bertujuan menentukan sama ada terdapat pelanggaran kehendak perundangan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), menurut kenyataan itu.
Akta 514 memperuntukkan setiap majikan perlu memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja semasa bekerja termasuk keselamatan orang awam yang berada di tempat kerja di bawah kawalannya.
Perancah Runtuh | Prasarana mahu siasatan menyeluruh dijalankan
BACA: Perancah besi runtuh: Pekerja binaan maut tertimbus di laluan projek LRT 3 di Klang
KSM menegaskan bahawa pihaknya memandang serius terhadap setiap insiden kemalangan dan penyakit pekerjaan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan termasuk kes kemalangan membabitkan sektor pembinaan.
Semalam, seorang pekerja binaan warga Bangladesh maut manakala empat lelaki dalam lingkungan umur 30-an cedera ringan selepas perancah besi itu runtuh di tapak pembinaan LRT3 di Bandar Bukit Tinggi, Klang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perancah besi
#runtuh
#LRT3
#bandar bukit tinggi
#Klang
#prasarana
#JKKP
#ksm
#siasatan
#forensik
#maut
#tertimbus
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan