awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan petugas khas perlu diwujudkan, tangani isu salah laku - Pengerusi EAIC

Bernama
Bernama
09/11/2024
12:15 MYT
Pasukan petugas khas perlu diwujudkan, tangani isu salah laku - Pengerusi EAIC
ISMAIL: Siasatan yang dilakukan secara bersepadu, menyeluruh dan terbuka ini akan mengelak pembaziran masa serta membolehkan tindakan tegas diambil untuk menghentikan ketirisan dan salah laku. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Pasukan petugas khas perlu diwujudkan bagi menangani pelbagai isu serius melibatkan salah laku dan integriti dengan lebih berkesan, kata Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Tan Sri Ismail Bakar.
Beliau berkata pasukan petugas khas ini boleh diwujudkan di bawah Akta 700 yang melibatkan pelbagai agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan lain-lain untuk menyiasat salah laku berskala besar serta mempunyai kepentingan awam.
"Siasatan yang dilakukan secara bersepadu, menyeluruh dan terbuka ini akan mengelak pembaziran masa serta membolehkan tindakan tegas diambil untuk menghentikan ketirisan dan salah laku.
"Jangan menganggap tujuan EAIC ini hanya menyusahkan, sebenarnya kita juga menyiasat tohmahan terhadap mereka (pegawai penguat kuasa yang berintegriti tetapi dituduh melakukan salah guna kuasa)," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis perasmian Program Encouraging Responsibility Accountability Trustworthiness (ERAT) EAIC Bersama Penguat Kuasa, Mahasiswa dan Masyarakat oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang di Kota Samarahan hari ini.
Ismail berkata pasukan petugas itu mempunyai kuasa yang lebih besar untuk menyiasat dengan telus dan lebih berintegriti untuk memastikan setiap aduan mempunyai merit, sama ada untuk dibuat penambahbaikan ataupun apa-apa tindakan perundangan yang sewajarnya.
EAIC merupakan sebuah badan berkanun Persekutuan yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen di bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700) yang diwartakan pada 3 Sept 2009 dan mula berkuat kuasa pada 1 April 2011.
Penubuhan EAIC selaras dengan sasaran kerajaan untuk menyemai dan meningkatkan integriti dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan demi memperkukuh keyakinan orang ramai terhadap mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#salah laku
#pasukan petugas khas
#EAIC
#ismail bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan