Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines MH370 terlebih dahulu perlu mengenal pasti jenis aset yang diperlukan apabila memasuki fasa baharu pencarian, sebelum boleh memuktamadkan perkara berkaitan kos, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Hishammuddin berkata beliau bersyukur kerana Australia, yang sedang mengetuai operasi mencari pesawat itu di selatan Lautan Hindi dan negara lain, tidak membangkitkan isu kewangan sejak bermulanya operasi itu.
"Tetapi, apabila kami bergerak ke fasa seterusnya nanti, amat perlu bagi kami untuk duduk berbindang dan menyelesaikannya. Bagaimanapun, itu akan hanya diketahui setelah kami tahu apa sebenarnya aset yang kami perlukan untuk tugas mencari yang bagaimana, dan di mana.
"Ia memerlukan kami duduk bersama untuk berbincang semula serta menyusun kembali strategi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam sidang akhbar di Canberra pagi ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata usaha mencari pesawat itu kini memasuki fasa baharu, yang akan memberi fokus di kawasan pencarian di dasar laut jauh lebih luas.
Kata beliau fasa itu akan melibatkan khidmat kontraktor komersial yang berkepakaran tinggi dalam kerja mencari di laut dalam serta dijangka menelan belanja lebih kurang AUD60 juta (RM184 juta).
Abbott berkata Australia akan mendapatkan 'beberapa sumbangan sewajarnya' daripada negara lain yang terlibat dalam operasi mencari ini.
Ditanya tentang pertemuan beliau dengan Pesuruhjaya Tinggi Britain Simon Featherstone, Hishammuddin berkata: "Pada asasnya, komitmen masih ada. Kami perlu memberi jaminan kepada semua orang, bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, bukan sahaja kepada keluarga terbabit, tetapi saya rasa seluruh dunia juga ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Beliau menggesa semua pihak supaya tidak terlalu cepat membuat kesimpulan kerana usaha mencari pesawat MH370 masih diteruskan dan diperhebatkan.
"Ia perlu dilakukan secara strategik, seperti yang diamalkan Malaysia sejak mula lagi. Kami perlu melangkah ke hadapan secara teratur. Kami telah buktikan bahawa ia sesuatu yang agak baik memandangkan perjalanan yang perlu ditempuh, masih jauh," katanya.
Penerbangan MH370 ke Beijing bersama 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada pengesanan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.
Operasi melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mencari pesawat Boeing 777-200ER itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asalnya.
Bernama
Mon Apr 28 2014
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. --gambar fail
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Kehilangan MH370 beri kesan kepada penduduk Perth
Setahun sudah berlalu dan kehilangan pesawat MH370 jelas memberi impak yang ketara pada ramai, terutamanya bagi penduduk tempatan di Perth, Australia.
Cabaran petugas media dalam membuat liputan MH370
Ikuti pengalaman golongan pengamal media terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mendapatkan berita MH370 yang sahih dan tepat.
Imbasan liputan Astro AWANI detik kehilangan pesawat MH370
Tugas melaporkan tragedi MH370 tidak hanya satu tugasan, sebaliknya ia dianggap satu tanggungjawab yang perlu digalas Astro Awani.
MH370: Data belum diproses Inmarsat didedahkan esok - Hishammuddin
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Inmarsat akan mengumumkan laporan itu secara bersama.
MH370: Laporan Mesyuarat Tiga Pihak dibentang kepada Kabinet Rabu ini
Penyediaan kertas kabinet itu dilakukan bersama-sama dengan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar.
Pesawat China sertai SAR MH370 berlepas pulang
Kedua-dua pesawat itu berlepas pulang ke China dengan membawa 38 kru selepas pencarian udara pesawat MH370 digantung.
MH370: Pencarian akan ambil masa lapan hingga dua belas bulan - Angus Houston
Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berada di Kuala Lumpur untuk pertemuan bersama jawatankuasa pencarian di Malaysia.
MH370: Komunikasi dirakamkan antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi 8 Mac
Laporan komunikasi yang dirakamkan melalui talian terus Penerbangan MH370 selepas kelipan pada radar padam sehinggalah Pusat Penyelarasan Menyelamat diaktifkan.
MH370: Cuaca buruk dan taufan, cabaran getir operasi - Juruterbang
Cuaca buruk tiba-tiba diikuti taufan kencang adalah antara cabaran getir dan cukup menyukarkan dialami kru pesawat C-130 Hercules TUDM dalam misi pencarian pesawat MAS MH370 di Lautan Hindi.
MH370: Dua pesawat Hercules C-130 TUDM tiba di Pangkalan TUDM
Kedua-dua pesawat membawa 54 kru terdiri daripada 35 anggota lain-lain pangkat dan 19 pegawai.