KINABATANGAN: Terletak jauh di pedalaman dan lebih 20 kilometer dari pusat pemberian vaksin (PPV) terdekat iaitu Hospital Kinabatangan, pekerja ladang kelapa sawit Kertam di sini meluahkan perasaan lega apabila Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) tiba memberikan vaksin COVID-19.
Kesukaran dari segi pengangkutan, jalan raya dan COVID-19 semakin menular di kawasan bandar menyukarkan pekerja ladang untuk keluar bagi mendapatkan suntikan vaksin, justeru ketibaan pasukan Mobile Vaccination Team (MVT) disambut bagaikan 'adiwira' melindungi penduduk kawasan itu.
Seorang kakitangan ladang yang mendapatkan suntikan vaksin itu, Leng Kar Heang, 70, berkata beliau mendapatkan vaksin itu demi melindungi keluarganya daripada jangkitan COVID-19 kerana risau dirinya boleh menjadi pembawa virus tersebut.
"Saya bertambah yakin buat kerja selepas ini, vaksin ini penyelamat dan pelindung kita...program vaksinasi bergerak sangat baik kerana kita dalam ladang jauh dari bandar dan PPV, semua gembira pasukan vaksin datang macam mahu sambut itu adiwira," katanya ketika ditemui Bernama di sini.
Halimah Jamitah, 44, dan anaknya Eva Alvinah Samsul, 21, mengakui pada mulanya terpengaruh dengan cakap-cakap dan khabar angin kononnya vaksin COVID-19 mendatangkan mudarat kepada mereka namun menukar fikiran setelah melihat sendiri proses vaksinasi melalui MVT.
"Kami berasa lebih yakin selepas menerima vaksin apabila melihat proses suntikan vaksin yang mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, lagipun selepas disuntik kami sihat semuanya termasuk warga emas," kata Eva Alvinah.
Sinoh Kulipang, 45, pula mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan Kementerian Kesihatan kerana mengadakan program imunisasi di kawasan ladang dan menyeru masyarakat di kawasan ladang menyokong program ini untuk kebaikan diri, keluarga dan masyarakat keseluruhannya.
"Program suntikan vaksin seperti ini amat memudahkan pekerja ladang untuk datang beramai-ramai untuk mendapatkan vaksin kerana kesukaran untuk keluar berikutan pelaksanaan perintah sekatan pergerakan penuh dari 1 hingga 14 Jun ini," katanya.
Program itu disertai 17 petugas dari Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan Daerah Kinabatangan dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dengan menyasarkan 300 pekerja di ladang sawit dan keutamaan diberikan kepada pekerja warganegara.
Pegawai Daerah Kinabatangan Abd Manap Abd Ruhim berkata usaha membawa vaksin ke kawasan ladang itu amat dialu-alukan malah pengurusan ladang kelapa sawit juga memberikan kerjasama dengan menyediakan tempat dan pekerja ladang itu hadir atas kesedaran mereka mengenai kepentingan mendapatkan vaksin.
"Pada masa ini suntikan vaksin hanya untuk pekerja tempatan, pekerja warga asing yang berisiko juga akan dipertimbangkan pemberian vaksin," katanya.
Sehingga 27 Mei lepas seramai 24,408 penduduk daerah ini telah mendaftar sebagai penerima vaksin dan seramai 5,699 orang telah melengkapkan dua dos suntikan sementara 3,483 orang telah menerima suntikan dos pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 11 2021
Program itu disertai 17 petugas dari Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan Daerah Kinabatangan dan APM. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anak MB Perlis, empat lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini bersama empat individu lain.
Rasuah jenayah bersifat unik - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media.
Media arus perdana masih sumber paling dipercayai - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menasihatkan masyarakat tidak menjadikan berita di media sosial khususnya berkaitan siasatan dijalankan agensi penguatkuasaan sebagai sumber utama yang boleh dipercayai.
Mirzan, Mokhzani diberi lanjutan 30 hari oleh SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi kedua-dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan aset masing-masing kepada pihaknya. Ini bermakna kedua-dua Tan Sri Mokhzani dan Mirzan perlu mengemukakan maklumat berkenaan aset yang dikumpul selama 43 tahun sejak tahun bapa mereka menjawat jawatan Perdana Menteri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Peniaga bazar perlu jujur menjual juadah, jaga keberkatan Ramadan
Pernah atau tidak anda membeli makanan basi, atau tertipu dengan imej makanan yang tidak sama dengan dihidangkan di bazar Ramadan?
Laporan siasatan angggota bomba lemas siap lagi dua minggu
Laporan siasatan insiden seorang anggota bomba lemas ketika menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin pada 22 Feb lepas, akan diperoleh dalam tempoh dua minggu.
Jabatan Patologi Hospital di Johor tetapkan SOP lebih ketat, elak rasuah
Hanya segelintir kakitangan Jabatan Patologi termasuk ahli patologi dan pembantu makmal yang sedang disiasat berhubung kes rasuah.
Melaka akan perkenal garis panduan, SOP atasi masalah kekurangan beras tempatan
Ia bagi menyelaraskan semua data bekalan beras tempatan yang akan ke Melaka dan di mana ia diedarkan.
SOP REE yang akan dikeluarkan dapat atasi masalah kecurian - Sanusi
Sanusi berkata prosedur operasi standard (SOP) melibatkan unsur nadir bumi (REE) yang akan dikeluarkan kerajaan dapat mengatasi kecurian hasil mineral itu di seluruh negara.
PRN: KKM syor guna pakai SOP kesihatan pilihan raya sedia ada
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) kesihatan pilihan raya sedia pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Langkah kerajaan kemas kini SOP COVID-19 praktikal - Pakar
Langkah berkenaan juga tepat, susulan pengisytiharan WHO bahawa COVID-19 tidak lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global.
Pelitup muka tak wajib, tapi digalakkan ketika di hospital, pengangkutan awam
Tempoh pengasingan kes disahkan COVID-19 pula dipendekkan daripada tujuh kepada lima hari dari onset gejala pertama, juga berkuat kuasa 5 Julai ini.
Jabatan Perhilitan Selangor nafi zalim, ikut SOP tangkap kera
Perhilitan Selangor nafi laporan yang mendakwa terdapat unsur kezaliman berkaitan pengurusan kawalan konflik kera di Apartment Sunway, Batu Caves.