awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PATI ditahan miliki senjata api buatan sendiri

Petrus Bernard
Petrus Bernard
05/03/2020
03:32 MYT
PATI ditahan miliki senjata api buatan sendiri
PATI dari Indonesia ditahan kerana memiliki senjata api buatan sendiri dikenali sebagai bekakuk serta enam peluru hidup di sebuah rumah di Kalabakan. Gambar ASTRO Awani
Seorang pendatang tanpa izin (PATI) dari Indonesia ditahan kerana memiliki senjata api buatan sendiri dikenali sebagai ‘bekakuk’ serta enam peluru hidup di sebuah rumah di ladang kelapa sawit di Kalabakan pada Rabu.
Terdahulu, suspek berusia 47 tahun yang bekerja sebagai buruh ladang itu dikesan berada dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) kira-kira jam 12.20 tengah malam.
Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali, berkata soal siasat kemudian mendapati suspek mengaku memiliki senjata berkenaan dan menyembunyikannya di kawasan semak, kira-kira 300 meter dari rumahnya.
"Pemeriksaan lanjut di lokasi terbabit menemui senjata api bekakuk itu bersama enam butir peluru hidup yang diletakkan di tepi kayu dan ditutup menggunakan zink,” katanya di sini.
Senjata api buatan sendiri dikenali sebagai ‘bekakuk’ serta enam peluru hidup milik seorang PATI yang ditahan di sebuah rumah di Kalabakan pada Rabu. Gambar ASTRO Awani.
Senjata api buatan sendiri dikenali sebagai ‘bekakuk’ serta enam peluru hidup milik seorang PATI yang ditahan di sebuah rumah di Kalabakan pada Rabu. Gambar ASTRO Awani.
Sementara itu, Hazani berkata, dalam operasi berasingan di kawasan yang sama, pasukan ESSCOM menahan enam lagi PATI lelaki dari Indonesia yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
"Semua lelaki yang berusia antara 20 hingga 38 tahun itu ditahan ketika bersembunyi di sebuah rumah kongsi di ladang berkenaan pada jam 12.40 tengah malam,” katanya.
Beliau berkata, semua PATI terbabit mengaku baru sahaja tiba dari Wilayah Timur Indonesia melalui jalan yang tidak diwartakan.
Katanya, semua mereka dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 dan seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Topic Berkaitan
#bekakuk
#dokumen
#ESSCom
#Ghazali Hazani
#Indonesia
#Komander ESSCOM
#pati
#senjata api
#senjata api buatan sendiri
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan