awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PATI sanggup bayar RM10,000 masuk ke Malaysia

Sinar Harian
Sinar Harian
03/09/2023
11:52 MYT
PATI sanggup bayar RM10,000 masuk ke Malaysia
Operasi khas dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya kira-kira jam 4.30 petang itu berjaya menahan 36 PATI termasuk empat wanita. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Taktik licik sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menggunakan khidmat bas ekspres dari Kota Bharu, Kelantan ke ibu negara terbongkar selepas digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini pada Rabu lalu.
Operasi khas dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya kira-kira jam 4.30 petang itu berjaya menahan 36 PATI termasuk empat wanita.
Malah difahamkan sindiket mengenakan bayaran sebanyak RM10,000 bagi setiap PATI untuk masuk ke negara ini.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, imigresen berjaya mengesan tiga bas ekspres yang berasingan membawa PATI terbabit di Lebuhraya Pantai Timur sebelum diekori sehingga TBS.
"Pasukan operasi kemudian bertindak membuat pemeriksaan sebaik kesemua penumpang turun dari bas di TBS.
"Pemeriksaan mendapati PATI terbabit terdiri daripada 20 warga Bangladesh dan 16 warga Myanmar berusia lingkungan 19 hingga 45 tahun," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, semakan mendapati tiada cap keselamatan pada pasport mereka selain terdapat PATI yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah serta memiliki rekod senarai hitam berdasarkan rekod kesalahan lampau.
Katanya, modus operandi sindiket ialah menyeludup PATI melalui laluan haram sebelum dibawa ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dengan menggunakan pengangkutan awam bagi mengaburi pihak berkuasa.
Tegasnya, kejayaan ini rentetan operasi terdahulu yang dilaksanakan di lokasi yang sama pada Disember lalu dan Januari 2023.
"Kesemua PATI telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan ditahan di Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut," jelasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pati
#jabatan imigresen
#sindiket penyeludupan manusia
#bas ekspres
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan