awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntung mati tersangkut di rawai di Sungai Kemaman
KPT, MQA adakan perbincangan teliti aspek teknikal pengiktirafan kelulusan pendidikan
The Voice of Hind Rajab: Penonton Malaysia tiga tertinggi di dunia - Teo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Patuhi peraturan sifar GST

Rohana Wahed
Rohana Wahed
01/06/2018
08:44 MYT
Patuhi peraturan sifar GST
Bermula hari ini rakyat menikmati perbelanjaan pada harga lebih rendah apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuh daripada enam kepada sifar peratus.
Ketua Pegawai Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak, Mohd Nawawi Abdul Rahman berkata, ini bermakna dalam perniagaan terbuka peniaga harus meletakkan harga lebih rendah pada kadar tertentu.
"Operasi pemeriksaan dan pemantauan pelaksanaan Operasi Catut 4.0 dilaksanakan secara bersepadu antara pihaknya dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Majlis Bandaraya Kuching Selatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas operasi tersebut di sebuah pasaraya di Tabuan, Sarawak.
Beliau juga Timbalan Pengarah KPDNKK Sarawak berkata, operasi dan pemeriksaan itu bagi memantau perubahan GST yang harus diikuti para peniaga.
Tambah beliau lagi, sehingga semalam pihaknya telah melakukan pemeriksaan di 543 premis perniagaan dengan melibatkan 16,290 jenis barangan di negeri ini.
“Kita akan sentiasa turun padang untuk memastikan sifar GST ini dipatuhi bagi kemudahan rakyat," katanya.
Topic Berkaitan
#GST
#harga barang
#KPDNKK
#Mohd Nawawi Abdul Rahman
#Operasi Catut
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan