awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Payung Rahmah kini diperluaskan kepada cermin mata - Salahuddin

Bernama
Bernama
05/06/2023
12:20 MYT
Payung Rahmah kini diperluaskan kepada cermin mata - Salahuddin
Salahuddin berkata Inisiatif Payung Rahmah akan diteruskan dengan pelbagai lagi tawaran menarik sesuai dengan keperluan dan kehendak rakyat Malaysia. - Gambar Facebook Salahuddin Ayub
KUALA LUMPUR: Inisiatif Payung Rahmah yang bermula dengan menu makanan, bakul makanan, rawatan, dan jualan murah, kini diperluaskan kepada Pakej Rahmah Cermin Mata, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, beliau berkata melalui inisiatif yang dijayakan dengan kerjasama syarikat MOG Eyewear itu, rakyat umum boleh membeli cermin mata pada harga antara RM50 ke RM100, selain menaik taraf kanta kepada 'blue cut lens' dengan perlindungan sinaran ultra ungu pada RM100 sahaja.
"Pakej ini boleh didapati di 96 cawangan MOG Eyewear di Malaysia," katanya.
Beliau berkata Inisiatif Payung Rahmah akan diteruskan dengan pelbagai lagi tawaran menarik sesuai dengan keperluan dan kehendak rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Payung Rahmah
#rawatan
#cermin mata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan