awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB lantik bekas TPM Belanda sebagai penyelaras kemanusiaan Gaza

Bernama
Bernama
27/12/2023
05:30 MYT
PBB lantik bekas TPM Belanda sebagai penyelaras kemanusiaan Gaza
Kaag akan memudahkan, menyelaras, memantau dan mengesahkan bantuan ke Semenanjung Gaza selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB baru-baru ini. - Gambar/ AP
NEW YORK: Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa melantik Sigrid Kaag dari Belanda sebagai penyelaras kanan kemanusiaan dan pembinaan semula untuk Gaza.
Kaag akan memudahkan, menyelaras, memantau dan mengesahkan bantuan ke Semenanjung Gaza selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB baru-baru ini.
Beliau juga akan mewujudkan mekanisme PBB untuk mempercepatkan penghantaran bantuan kemanusiaan melalui negara-negara yang tidak terlibat dalam konflik, lapor Xinhua.
Kaag dijangka memulakan tugas pada 8 Jan.
Menurut siaran media yang dikeluarkan oleh pejabat ketua PBB, Kaag mempunyai pengalaman yang luas dalam hal ehwal politik, kemanusiaan dan pembangunan serta diplomasi.
Terbaharu, beliau berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri pertama dan menteri kewangan wanita pertama dalam Kerajaan Belanda sejak Jan 2022.
Beliau pernah menjawat jawatan menteri perdagangan dan kerjasama pembangunan dari Okt 2017 hingga Mei 2021 dan menteri luar sehingga September tahun yang sama.
Kaag pernah menyandang pelbagai jawatan kanan dalam sistem PBB, termasuk berkhidmat sebagai penyelaras khas untuk Lubnan dari 2015 hingga 2017 dan sebagai penyelaras khas Misi Bersama Pertubuhan Larangan Senjata Kimia dan Misi PBB di Syria dari 2013 hingga 2015.
Pada Jumaat, Majlis Keselamatan PBB menerima pakai resolusi 2070 yang antara lain menggesa penghantaran bantuan kemanusiaan segera, selamat dan tanpa halangan terus kepada orang awam Palestin di seluruh Semenanjung Gaza.
Resolusi itu meminta setiausaha agung PBB melantik penyelaras kanan kemanusiaan dan pembinaan semula selain menggesa penubuhan mekanisme PBB dengan segera untuk meningkatkan pengagihan bantuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TPM Belanda
#Sigrid Kaag
#PBB
#penyelaras kemanusiaan Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan