awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratusan ribu sertai perarakan Black Nazarene di Filipina
Kematian Zara Qairina buka mata aspek keselamatan, hanya 28 peratus CCTV sekolah berfungsi - Fadhlina
Vijay Singh kembali ke PGA Tour 2026 pada usia 63 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBS terus sama GRS, fokus bela nasib rakyat dan ekonomi - Jahid Jahim

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
04/08/2021
03:49 MYT
PBS terus sama GRS, fokus bela nasib rakyat dan ekonomi - Jahid Jahim
Jahid berkata, PBS akan terus dengan ikatan yang telah dimeterai bersama dengan gabungan itu. - Foto fail Astro AWANI.
TUARAN: Parti Bersatu Sabah (PBS) menyatakan pendirian untuk terus bersama kerajaan negeri dipimpin Gabungan Rakyat Sabah walaupun berlaku pergeseran politik di peringkat Persekutuan.
Timbalan Presiden PBS, Datuk Jahid Jahim berkata, komitmen itu selaras dengan kenyataan yang dibuat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor semalam.
Menurutnya, PBS akan terus dengan ikatan yang telah dimeterai bersama dengan gabungan itu.
"Kita terus dengan ikatan kita dan kita berharap dengan kebijaksanaan, pengalaman yang ada di peringkat Persekutuan saya yakin mereka mempunyai formula untuk mencari titik pertemuan kerana sekarang ini seperti yang kita ketahui rakyat memerlukan pembelaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan di Program Outreach Vaksinasi di Dewan Kampung Bunga, Tuaran, pada Rabu.
BACA: GRS jamin kerajaan Sabah terus utuh, pertahan mandat rakyat
Selain itu, Jahid yang juga Menteri Pembangunan Luar Sabah mahu semua pihak mengenepikan isu politik buat sementara waktu dalam usaha negara dan negeri ini menangani pandemik COVID-19.
Katanya, komitmen serta fokus perlu beri perhatian kepada kesihatan rakyat dan merangka strategi pemulihan ekonomi.
"Saya seperti juga dengan apa yang di sarankan oleh Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada waktu seperti ini, konsentrasi kita ialah bagaimana supaya kesihatan rakyat terjamin. Kedua, bagaimana ekonomi itu dapat dipulihkan.
"Perkara-perkara lain boleh lah kita ketepikan ke belakang yang penting rakyat terbela," katanya.
Topic Berkaitan
#Parti Bersatu Sabah
#PBS
#Gabungan Rakyat Sabah
#Datuk Jahid Jahim
#Politik Sabah
#pergeseran politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan