Sebanyak 1,450 kilogram (kg) sampah berjaya dikutip oleh 500 sukarelawan di Pantai Paka pada Ahad lalu.
Sampah sarap itu dikutip sempena Program PCG Be Green yang dianjurkan oleh Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) dengan kerjasama Yayasan Petronas.
Aktiviti mengutip sampah dan pembersihan pantai yang berlangsung selama dua hari itu dilakukan sepanjang 3.5 kilometer di pesisir Pantai Paka.
Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Ammonia Sdn Bhd, Ahmad Zaiyan M. Kassim berkata program itu diadakan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang cara pengasingan sampah serta kesan pembuangan sampah terhadap alam sekitar.
“Program tahunan ini bermula sejak tahun 2013 dan merupakan sebuah program kesedaran pemuliharaan alam dan penggunaan plastik secara berhemah yang dijalankan dengan usahasama Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA).
Kata Ahmad Zaiyan, daripada 1,450kg sampah yang dikutip, 870kg adalah sampah yang boleh dikitar semula.
Datuk Sazali Hamzah, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Operasi pula berkata PCG Be Green diadakan bagi menerap atau menyemai budaya kelestarian alam sekitar dan memberi penerangan kepada masyarakat setempat tentang cara-cara menguruskan pembuangan sisa-sisa plastik dan juga sampah supaya kita lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
“PCG Be Green tahun ini telah diadakan di empat lokasi sekitar negara dan telah diperkukuhkan lagi dengan suntikan pembersihan sungai dan pantai serta inisiatif pendidikan bagi meneraju agenda Ekonomi Plastik Baharu,” tambah beliau lagi.
“PCG berharap untuk menjadi rakan solusi dalam menangani masalah pencemaran plastik dan menyokong kerajaan dalam mencapai Pelan Ekonomi Circular melalui penglibatan langsung dalam ‘Malaysia Plastics Pack’.
“Dari sudut ini, kami memberi fokus kepada bidang inovasi dan infrastruktur di mana kami bekerjasama dengan dua pemain industri bagi menilai potensi dalam pembangunan loji sistem pemulihan dan rawatan canggih modular (SMART), loji sisa kepada tenaga dan loji sisa plastik kepada naphta mentah," kata Sazali
Katanya lagi, PCG juga sedang menilai untuk menawarkan penyelesaian kepada pemilik-pemilik jenama bagi memenuhi komitmen mereka dalam penggunaan pembungkusan yang mesra alam.
Dengan tagline #RecycleForLifeCycle, rata-rata sukarelawan yang terdiri daripada pelajar sekolah, penduduk kampung serta kakitangan Petronas itu nyata teruja untuk menyertai program yang diadakan buat kali keempat tahun ini.
“Saya rasa bersyukur atas keprihatinan PCG kerana memilih kawasan Paka untuk mengadakan kerja-kerja pembersihan dan mengajar cara untuk kitar semula barangan buangan.
“Dengan cara sebegini, kami dapat tahu bagaimana untuk mengasingkan sisa-sisa pepejal dengan betul.
“Sekiranya program ini tidak dijalankan, mungkin kita tidak akan tahu sistem pemprosesan pepejal dengan betul,” kata seorang sukarelawan, Ramli Ibrahim yang juga merupakan penduduk tempatan.
Sentimen yang sama turut dikongsi seorang lagi sukarelawan, Nurbaiti Jannati Nuhairir yang berkata keadaan cuaca yang tidak menentu tidak melumpuhkan semangatnya untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang bermakna tersebut.
“Kami bersemangat untuk menjalankan aktiviti ini kerana kami tahu di pantai berkenaan terdapat banyak sisa plastik yang kami boleh kumpul untuk tujuan kitar semula.
“Kami juga dapat menggunakan masa cuti sekolah ini untuk melakukan aktiviti yang berfaedah dengan mengumpul sisa plastik di tepi pantai.
“Ini sebenarnya bukan sahaja memanfaatkan alam sekitar, tetapi juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dan guru,” kata Nurbaiti yang juga merupakan seorang pelajar sekolah menengah.
Sepanjang tahun ini, program PCG Be Green 2019 telah berjaya mengumpul 2,700kg sampah di mana 1,290kg sampah boleh dikitar semula.
PCG juga telah berjaya mencapai hampir 17,000 pelajar dan komuniti dalam melalui kempen #recycleforlifecycle pendidikan plastik dan Be Green.
Turut hadir di majlis ini ialah Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah dan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Dungun, Khairul Azhan Mohd Yusof.
Isabelle Leong
Thu Dec 05 2019
PCG berjaya mencapai hampir 17,000 pelajar dan komuniti dalam melalui kempen #recycleforlifecycle pendidikan plastik dan Be Green. Foto PETRONAS
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PCG Be Green: 1,450kg sampah dikutip di Pantai Paka
Sampah-sarap itu dikutip sempena Program PCG Be Green yang dianjurkan oleh Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) dengan kerjasama Yayasan Petronas.