awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia rendah pada sesi awal seiring Wall Street, tiada pemangkin baharu
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fadlun mulakan tugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-16 hari ini

Bernama
Bernama
17/11/2025
06:45 MYT
Fadlun mulakan tugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-16 hari ini
Fadlun melaksanakan punch in pertamanya sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-16, tanda rasmi bermulanya amanah besar memimpin jentera pentadbiran ibu kota. - Gambar/ DBKL
KUALA LUMPUR: Datuk Fadlun Mak Ujud, yang dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-16, hari ini memulakan tugas secara rasmi menggantikan Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.

Ringkasan AI
  • Datuk Fadlun Mak Ujud dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-16 menggantikan Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.
  • Ketibaan Fadlun disambut dengan sesi hormat dan persembahan tarian selamat datang oleh warga DBKL.
  • Fadlun memulakan tugas dengan punch in pertama, menandakan permulaan amanah memimpin ibu kota, dan menerima taklimat mengenai fungsi DBKL.

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan ketibaan beliau di Menara DBKL 1 disambut dengan sesi hormat daripada anggota Kawalan Kehormatan, Jabatan Penguatkuasaan agensi berkenaan.
"Suasana kemeriahan turut diserikan dengan persembahan tarian selamat datang oleh artis budaya DBKL, sebagai tanda penghargaan dan sambutan warga kota terhadap kepimpinan baharu ini," menurut kenyataan itu.
Fadlun melaksanakan punch in pertamanya sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-16, tanda rasmi bermulanya amanah besar memimpin jentera pentadbiran ibu kota.
Beliau kemudian dibawa ke Tingkat 29 Menara DBKL 1 untuk mendengar taklimat mengenai fungsi dan hala tuju agensi itu.
Fadlun, sebelum ini Presiden Perbadanan Putrajaya, dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur berkuat kuasa Sabtu lepas setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Subseksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia serta memiliki pengalaman lebih 28 tahun dalam perancangan bandar, pembangunan wilayah serta pengurusan bandar raya.
Menerusi kenyataan itu, DBKL turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Maimunah atas segala jasa, sumbangan serta kepimpinan cemerlang beliau sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-15, yang telah meninggalkan legasi kepimpinan berwawasan demi manfaat warga kota.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#datuk bandar kl
#Fadlun Mak Ujud
#maimunah mohd sharif
#DBKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan