awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terengganu kembali banjir, 369 mangsa dipindahkan di tiga daerah
Myanmar hapus perintah berkurung di Yangon menjelang pilihan raya
New York wajibkan amaran kesihatan mental pada platform media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDI: PAPSMA mahu sistem telus, lancar dalam merekrut pembantu rumah Indonesia

Astro Awani
Astro Awani
06/04/2022
08:12 MYT
PDI: PAPSMA mahu sistem telus, lancar dalam merekrut pembantu rumah Indonesia
PAPSMA juga mengalu-alukan perjanjian persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia bagi pengambilan dan perlindungan perkhidmatan domestik Indonesia (PDI) di Malaysia baru-baru ini. - Foto PAPSMA
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) mahu kerajaan mewujudkan sistem yang telus dan proses yang lebih lancar dalam kerja-kerja merekrut pembantu rumah terutamanya daripada Indonesia.
Presidennya, Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid berkata, majikan di Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui proses, pembayaran, jaminan dan penggantian melibatkan pengambilan pekerja asing.
Menurutnya, ia memandangkan kos pengambilan pekerja asing dilihat semakin meningkat terutamanya dalam sistem pengambilan pekerja asing yang baharu.
BACA: PAPSMA sambut baik langkah segerakan MoU Pekhidmat Domestik Indonesia
BACA: 501 APS berdaftar bersedia jadi pengantara permohonan pekerja asing - PAPSMA
“Walaupun ramai majikan di Malaysia yang telah mengalami pengalaman buruk mengenai pembantu rumah Indonesia, kami mahu proses yang lebih licin yang akan digunakan.
“Kami akan menunggu perbincangan dengan Kementerian Sumber Manusia khususnya Jabatan Tenaga Kerja untuk memulakan proses merekrut pekerja asing sementara kami menyediakan perkhidmatan pekerja asing dengan prosedur yang lengkap.
“Majikan terpaksa menunggu sehingga Jun atau Julai untuk kemasukan pekerja asing Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Dalam pada itu, beliau berkata PAPSMA juga mengalu-alukan perjanjian persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia bagi pengambilan dan perlindungan perkhidmatan domestik Indonesia (PDI) di Malaysia baru-baru ini.
Menurutnya, perjanjian itu adalah adalah satu perkara yang ditunggu-tunggu oleh ahli-ahlinya sejak MoU itu tamat pada 2016.
Pekerja Asing | Elak guna ejen asing uruskan pengambilan tenaga kerja
"PAPSMA menyambut baik sistem pengambilan pekerja asing yang melibatkan pengambilan, rekrut, jaminan, mengesan pekerja, pergerakan, pembaharuan, kemasukan semula dan penghantaran pulang ke negara asal.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada inisiatif kerajaan dalam memastikan lesen ejen pengambilan pekerja asing yang melibatkan kedua-dua buah negara.
"PAPSMA akan memastikan ahli-ahlinya akan akur dengan prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan semua bahagian bagi memastikan majikan di Malaysia mendapatkan perkhidmatan yang baik dalam mendapatkan pembantu rumah Indonesia,” ujarnya.
PAPSMA juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia, Joko Widodo kerana menyaksikan majlis tandatangan MoU tersebut pada 1 April 2022.
Topic Berkaitan
#pekerja asing
#pembantu rumah
#PAPSMA
#Indonesia
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan