awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAPSMA sambut baik langkah segerakan MoU Pekhidmat Domestik Indonesia

Astro Awani
Astro Awani
12/02/2022
02:46 MYT
PAPSMA sambut baik langkah segerakan MoU Pekhidmat Domestik Indonesia
MEGAT FAIROUZ JUNAIDI: PAPSMA menyokong penuh dan berterima kasih di atas keputusan mesyuarat jemaah menteri yang telah mengambil keputusan supaya MoU berhubung PDI untuk segera dimeterai. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) menyambut baik keputusan kerajaan untuk menyegerakan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) berhubung Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI).
Ini kerana, menurut presidennya, Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid perkara itu jelas akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.
"PAPSMA menyokong penuh dan berterima kasih di atas keputusan mesyuarat jemaah menteri yang telah mengambil keputusan supaya MoU berhubung PDI untuk segera dimeterai.
"Bagi pihak kesemua persatuan Agensi Pekerjaan Swasta Malaysia, kami menyambut baik keputusan ini agar keprihatinan kerajaan dapat memberi manfaat kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Megat Fairouz berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan yang mana kerajaan telah memutuskan untuk menyegerakan MoU berkenaan.
Saravanan awal Jumaat memaklumkan perkara mengenai PDI telah dibincangkan dengan secara mendalam dalam beberapa siri mesyuarat Jemaah Menteri termasuklah pada 9 Februari lalu.
BACA: Mesyuarat Jemaah Menteri putuskan MoU PDI perlu segera dimeterai - Saravanan
Tambah Saravanan, beliau dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mempunyai matlamat yang sama iaitu melindungi serta menjaga kebajikan dan kesejahteraan pekerja warga Indonesia di dalam negara terutama yang membabitkan isu seperti gaji, cuti dan kebajikan pekerja.
MoU berkenaan akan dimeterai beliau dan rakan sejawatnya Menteri Ketenagakerjaan Indonesia Ida Fauziyah.
Untuk rekod, pada 24 Januari lalu, Kuala Lumpur dan Jakarta dilaporkan bersetuju untuk melaksanakan projek rintis pengambilan 10,000 pekerja PDI dari negara jiran itu bermula bulan ini selepas MoU ditandatangani.
Topic Berkaitan
#MoU
#pekhidmat domestik Indonesia
#PAPSMA
#Megat Fairouz Junaidi Megat Junid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan