MELAKA:Kerajaan negeri Melaka menggalakkan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta menghulurkan bantuan kepada murid dan pelajar di luar bandar dalam proses pembelajaran dalam talian sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengerusi Jawatankuasa NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata ini bagi memastikan murid dan pelajar terutama mereka yang daripada keluarga berpendapatan rendah termasuk masyarakat Orang Asli tidak jauh ketinggalan dalam pelajaran susulan kekurangan peralatan dan Internet yang mencukupi.
"Sesi persekolahan kali ini menerusi kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), saya berharap semua NGO dan syarikat swasta meneruskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada murid dan pelajar di luar bandar termasuk Orang Asli memandangkan ada antara mereka berdepan kekangan liputan Internet atau gajet.
"Pada masa sama kita tidak mahu murid dan pelajar daripada golongan ini tercicir dalam pelajaran ketika pandemik COVID-19, lagi pun kerajaan ada menawarkan pengecualian cukai kepada syarikat swasta yang mempunyai inisiatif dan aktif mengadakan aktiviti CSR," katanya kepada Bernama selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek di sini hari ini.
Pada Selasa lepas, Bernama melaporkan sesi persekolahan menerusi kaedah PdPR menimbulkan kerisauan Tok Batin Kampung Orang Asli Kubang Badak dan Tebong Stesyen di Alor Gajah, Besi Dulah, 39, berikutan kekurangan kelengkapan dalam kalangan penduduk di kedua-dua kampung itu.
Besi dipetik sebagai berkata ketiadaan komputer, talian komunikasi dan jalur lebar berkelajuan tinggi menyukarkan anak-anak masyarakat Orang Asli untuk mengikuti pembelajaran di rumah masing-masing.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan) Datuk Noor Effandi Ahmad ketika dihubungi Bernama berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka akan menggalakkan guru di luar bandar atau pedalaman menggunakan kaedah pengajaran secara konvensional bagi memastikan murid dan pelajar golongan itu tidak tercicir sepanjang tempoh sekolah ditutup.
"Kaedah tanpa talian, buku teks atau modul pembelajaran (seperti biasa) boleh dibuat mengikut inisiatif guru-guru di kawasan luar bandar kerana JPN Melaka juga menggalakkan kaedah sokongan luar talian ini bagi murid dan pelajar di kawasan tersebut mengikut prosedur operasi standard.
"Alternatif kita juga adalah guru menyediakan modul yang perlu ibu bapa ambil dari sekolah yang mengandungi subjek-subjek utama untuk murid belajar dan membuat latihan dalam tempoh seminggu atau dua minggu. Pada minggu berikutnya modul tersebut perlu dikembalikan untuk semakan guru dan ibu bapa murid diberikan modul yang baharu," katanya.
Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka bermula semalam di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama 2020.
Berikutan itu, semua murid sekolah rendah dan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah PdPR mengikut kesesuaian guru dan murid mulai tarikh tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 21 2021

Ketiadaan komputer, talian komunikasi dan jalur lebar berkelajuan tinggi menyukarkan anak-anak Orang Asli mengikuti pembelajaran di rumah masing-masing. - Gambar fail

Akibat cemburu, isteri ditembak mati sebelum disumbat dalam tong dan ditanam
Seorang wanita yang dilaporkan hilang sebelum ini, ditemui mati dipercayai dibunuh oleh suaminya akibat cemburu.

COVID-19: 2,154 kes baharu, enam kematian
Jumlah kes yang sembuh pula mencatatkan 3,275 kes. Ini menjadikan kes keseluruhan yang sembuh kepada 286,904 kes.

#NoToLanun: Cetak rompak berleluasa kerana industri hiburan tidak dihormati - Afdlin
Datuk Afdlin Shauki berkata, industri hiburan juga sepatutnya dihormati kerana ia juga satu kerjaya profesional.

Negeri Sembilan catat pelaburan diluluskan RM7.9 bilion tahun lepas
Negeri Sembilan merekodkan RM7.9 bilion jumlah pelaburan diluluskan melalui 162 projek bagi kesemua sektor pada tahun lepas berbanding RM6.1 bilion pada 2019.

Zoo Negara kembali ceria! Pengunjung 'lepas rindu'
Setakat ini, hanya 2,500 pengunjung dibenarkan pada satu-satu masa bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Muhyiddin zahir harapan gabungan parti Melayu terus kekal abadi
Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan harapan agar gabungan beberapa parti Melayu yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus kekal abadi dan utuh sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

246 individu ditahan, ini lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Sebanyak 106 operasi sanitasi dilakukan meliputi 34 zon merah, 10 zon jingga, 14 zon kuning dan dua zon hijau di seluruh negara pada Khamis.

Persamaan kenyataan media BN, PH, kehendak parti atau individu tertentu? - Tun Faisal
Persoalan pastinya berlegar dalam kalangan ahli UMNO, tertanya-tanya adakah kenyataan itu merupakan kehendak individu atau kehendak parti.

Hakim Mahkamah Rayuan tarik diri daripada mendengar rayuan Anwar
Seorang Hakim Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembatalan saman beliau berhubung sabitan dalam kes liwat.

PKPD Kuarters Sri Jelutung, Chini sehingga 19 Mac - Ismail Sabri
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuarters Sri Jelutung, Chini, Pahang bermula 6 sehingga 19 Mac ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Intelek gesa NGO bantu sedia kelas pasca PdPR
Pertubuhan Intelek Wawasan Malaysia (Intelek) menggesa lebih banyak NGO tampil membantu menyediakan kelas kepada pelajar pada fasa pasca pelaksanaan PDPR.

Internet lemah di pedalaman, tidak ganggu fokus pelajar SPM
Sama ada bersemuka dengan guru atau belajar dalam talian, perkara penting adalah semangat dan disiplin diri dari pelbagai aspek.

Sidang media khas Menteri Kanan Pendidikan, 5 petang ini
Datuk Mohd Radzi Md Jidin dijangka mengadakan sidang akhbar khas berhubung pembukaan sekolah pada pukul 5 petang, hari ini.

SPM 2020: Norma baharu tidak jejas semangat pelajar OKU
Tidak terkecuali merasai cabarannya, adalah seorang pelajar autisme, Samsuri Ruzmi, 18, yang terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan.

DidikTV KPM bantu pelaksanaan PdPR - Muhyiddin
Sebagai salah satu inisiatif dalam mempelbagaikan sumber pembelajaran serta bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau peranti yang sesuai untuk pembelajaran secara dalam talian.

DidikTV mampu bantu selesaikan masalah PdPR - PIBGN
Saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM sedikit sebanyak membantu menyelesaikan beban dan permasalahan dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Ambil pengajaran dari pengalaman dilalui calon SPM 2020
Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) perlu digembleng secara menyeluruh agar calon SPM 2021 belajar dari pengalaman dilalui pelajar SPM 2020.

Potong gaji ADUN beli peranti elektronik bantu pelajar - Ahli PSB
Kerajaan Negeri di bawah GPS perlu lebih prihatin kepada nasib pelajar di Sarawak daripada golongan miskin bandar dan miskin luar bandar.

Manfaat dana kerajaan pasar produk dalam talian - Tengku Zafrul
Ketika negara berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kesempatan itu seharusnya dimanfaatkan peniaga bagi menjana pendapatan.

PdPR: UKM tawar kolaborasi dengan PPD, sekolah
UKM menawarkan kolaborasi dengan mana-mana PPD atau sekolah bagi bersama-sama membangunkan bahan PdPR.