LAHAD DATU:Ketika ramai pelajar dan ibu bapa mengeluh dengan berbagai kekurangan menjalani pembelajaran dalam talian di rumah, namun seorang pelajar kurang upaya di Sabah tidak melihat itu sebagai satu kekangan untuknya meneruskan pembelajaran.
Muhammad Shafiq Taufik,13, pelajar tingkatan satu Pendidikan Khas di SMK Terusan gigih belajar walaupun kawasan rumahnya di Kampung Bakawali dekat sini tidak mempunyai jaringan internet yang pantas.
Malah Muhammad Shafiq juga tidak memiliki peranti tablet atau komputer riba, sebaliknya hanya menggunakan telefon bimbit ibunya.
Shafiq lumpuh kedua-dua kaki sejak berusia 1 tahun selepas menjalani pembedahan tulang belakang dan kini bergerak menggunakan kudrat kedua tangannya dibantu kerusi roda.
"Saya tidak akan putus asa untuk berjuang. Saya akan buat yang terbaik dalam kehidupan ini.
"Saya belajar setiap hari dari rumah... belajar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik," katanya.
Shafiq yang sebelum ini bersekolah di SK Pekan Satu Lahad Datu dalam Kelas Pendidikan khas berhasrat membuka perniagaannya sendiri.
"Cita-cita saya nak buka bisnes sendiri sebab saya suka menjual jadi untuk dapatkan duit untuk masa depan saya dan keluarga,"ujarnya.
Shafiq adalah anak kedua dalam keluarga dan mempunyai kakak yang kini bersekolah tingkatan lima.
"Buat masa ini saya pakai telefon mak sahaja, ada group WhatsApp sekolah, jadi buka dari situ dan ambil tugasan harian dan hantar kepada cikgu bertugas."
Ibu kepada Muhammad Shafiq, Juriah Mekdam berkata anaknya cuma lumpuh kaki, namun normal dari segi perkembangan otak.
Menurutnye, semangat ditonjolkan Muhammad Shafiq membuatkan dia tekun memberi dorongan kepada anaknya itu agar tidak putus asa.
"Shafiq belajar secara dalam talian setiap hari mengikut jadual yang telah diberikan, dia guna telefon bimbit saya.
"Alhamdulillah, semua tugasannya diselesaikan juga... tidak ada masalah serius setakat ini," kata Juriah.
Menurut Juriah lagi, dia dan suami tidak pernah putus asa walaupun hidup dalam serba kekurangan, mereka terus menerus membakar semangat Shafiq untuk belajar bersungguh-sungguh tanpa terlalu memikirkan ketiadaan komputer dan kemudahan internet yang pantas.
Juriah juga sentiasa bersyukur bersama suami dan anak tidak sesekali meminta bantuan dan jauh sekali untuk mengeluh dengan ujian yang diberikan.
Zulhafiiz Brahim
Wed Feb 03 2021
Muhammad Shafiq gigih belajar walaupun kawasan rumahnya di Kampung Bakawali tidak mempunyai jaringan internet yang pantas. -Astro AWANI
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
PdPR: Remaja lumpuh gigih teruskan pembelajaran walau berdepan kekangan
Shafiq lumpuh pada kedua-dua kaki sejak berusia 1 tahun selepas menjalani pembedahan tulang belakang dan berjalan menggunakan kudrat kedua tangannya dibantu oleh kerusi roda.