awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
Bayaran saham KPF tertunggak: Anggota desak penyelesaian segera, ancam piket besar-besaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM akan buka kertas siasatan 1MDB - Ahmad Zahid

Israr Khalid
Israr Khalid
15/12/2014
09:04 MYT
PDRM akan buka kertas siasatan 1MDB - Ahmad Zahid
AHMAD ZAHID: PDRM akan buka kertas siasatan 1MDB. -Gambar fail
Kertas siasatan ke atas syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dibuka bagi meneliti laporan polis yang dibuat Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya juga sudah meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan prosedur siasatan biasa selepas kertas berkenaan dibuka kelak.
"Laporan polis sudah dibuat, jadi polis akan membuat prosedur siasatan," katanya semasa sidang media selepas Persidangan PJP/KP/KOMANDER dan KOMANDEN 2014 di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.
Ujarnya, laporan yang dibuat Khairuddin bersifat peribadi dan tidak melibatkan parti UMNO.
"Tidak ada kena mengena dengan parti Melayu, UMNO. Ia laporan peribadi Khairuddin sendiri kepada 1MDB," jelasnya.
Pada Jumaat, Khairuddin membuat laporan polis dan meminta siasatan terperinci dilakukan bagi mengenal pasti punca masalah kepincangan pentadbiran kewangan yang dihadapi 1MDB.
Pada Ahad, Khairuddin turut menyifatkan pemimpin UMNO sebagai bacul dan terlampau takut untuk membangkitkan isu tentang masa depan dan risiko sebenar yang dihadapi 1MDB.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menjelaskan tindakan Khairuddin sentiasa tertakluk kepada etika parti.
Bagaimanapun Reezal memaklumkan, UMNO Pulau Pinang tidak akan terburu-buru untuk mengambil tindakan ke atas Khairuddin yang membuat laporan polis terhadap 1MDB.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini dilapor turut mendesak Khairuddin untuk menarik balik laporan polisnya.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Adnan
#Khairuddin
#Melayu
#PDRM
#polis
#UMNO
#zahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan