awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rizab Antarabangsa BNM pada AS$126.9 bilion setakat 30 Jan, 2026
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian kukuh saham mewah
Kementerian Digital rangka RUU Tadbir Urus AI, tangani ancaman deepfake - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM ambil tindakan anggota enggan terima laporan keganasan rumah tangga

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
30/03/2022
03:03 MYT
PDRM ambil tindakan anggota enggan terima laporan keganasan rumah tangga
Datuk Seri Abd Jalil Hassan, PDRM memandang serius isu keenganan anggotanya menerima laporan kes keganasan rumah tangga sebagaimana dibangkitkan KPWKM. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat sebarang pelanggaran dalam pengendalian kes rumah tangga oleh anggotanya.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Abd Jalil Hassan, pihaknya memandang serius isu keenganan anggotanya menerima laporan kes keganasan rumah tangga sebagaimana dibangkitkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
"Ini kerana semenjak Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 berkuatkuasa pada 1 Jun 1996, polis telah mengeluarkan beberapa arahan pentadbiran berhubung pengendalian penyiasatan kes keganasan rumah tangga untuk dipatuhi di semua peringkat.
"Ini termasuk arahan tindakan tatatertib ke atas anggota yang enggan menerima laporan polis berhubung kes keganasan rumah tangga," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Sehubungan itu, Abd Jalil memohon KPWKM dan mana-mana pihak yang terkesan berkenaan isu tersebut tampil serta memberikan maklumat yang lebih terperinci.
"Ini bagi memastikan siasatan dalaman dapat dijalankan serta tindakan diambil ke atas anggota yang terlibat jika benar ia berlaku," jelasnya.
Pada Selasa, KPWKM memaklumkan, sesetengah anggota polis enggan menerima laporan mangsa keganasan rumah tangga dengan alasan ia adalah isu keluarga.
Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Seri Rina Harun akan membawa isu keengganan menerima laporan mangsa keganasan rumah tangga itu semasa sesi libat urus bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Topic Berkaitan
#KDN
#keganasan rumah tangga
#polis
#Datuk Seri Abd Jalil Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan