awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM, Astro kenal pasti premis perniagaan guna kotak TV haram

Astro Awani
Astro Awani
14/05/2023
14:02 MYT
PDRM, Astro kenal pasti premis perniagaan guna kotak TV haram
Mohd Zaid memaklumkan, beberapa lokasi premis perniagaan di daerah Kajang dikenal pasti masih menggunakan peranti yang tidak dibenarkan sekali gus salah di sisi undang-undang. - Gambar Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Keselamatan Astro terus memantau rapat premis perniagaan yang dikesan menggunakan peralatan penstriman secara tidak sah.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan memaklumkan, beberapa lokasi premis perniagaan di daerah itu dikenal pasti masih menggunakan peranti yang tidak dibenarkan sekali gus salah di sisi undang-undang.
"Program pemantauan pada Sabtu bertujuan memberi kesedaran kepada premis perniagaan yang menayangkan siaran hiburan menggunakan perkhidmatan berbayar seperti Astro bahawa penggunaan tidak sah merupakan satu kesalahan.
"Masyarakat perlu menghentikan penggunaan peranti penstriman tidak sah di sisi undang-undang dan memastikan mereka memperoleh langganan bersesuaian serta menggunakan perkhidmatan hiburan yang sah," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Aktiviti penstriman haram adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 43AA Akta Hak Cipta dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM200,000 atau penjara sehingga 20 tahun ataupun kedua-duanya sekali.
Sementara itu, pengarah syarikat juga boleh bertanggungjawab secara peribadi jika syarikat mereka terbabit dalam aktiviti yang dilarang seperti penstriman haram.
Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 yang diterbitkan dalam Warta Kerajaan pada 10 Februari 2022 telah mula dikuatkuasakan mulai 17 Mac tahun ini.
Topic Berkaitan
#PDRM
#peralatan penstriman
#perkhidmatan hiburan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan