IPOH: Polis Diraja Malaysia akan membantu pihak berkuasa Thailand dalam siasatan seorang rakyat negara ini yang cedera parah dipercayai terkena tembakan oleh seorang penyerang yang tidak dikenali di Jalan Chantharothai, Bandar Betong, Wilayah Yala, Selatan Thailand pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu DSP Zulkepli Ibrahim berkata kejadian berlaku apabila mangsa lelaki berusia 55 tahun yang sedang menunggang motosikal ditembak sebanyak tiga das oleh suspek semasa berada di hadapan sebuah kedai serbaneka pada kira-kira pukul 9 malam, waktu Thailand.
"Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian perut dan paha telah dibawa ke Hospital Betong bagi mendapatkan rawatan lanjut dan keadaan mangsa kini masih stabil," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata suspek yang menyerang dipercayai warganegara Thailand telah berjaya melarikan diri dan masih sedang dikesan setakat ini.
Katanya pihak berkuasa Thailand masih mengesan penyerang serta sedang menyiasat motif serangan tersebut dari pelbagai aspek sama ada berpunca daripada perbalahan peribadi ataupun perniagaan.
"Mangsa telah lama keluar dan masuk ke daerah Betong kerana mempunyai seorang isteri warga Thailand selain pernah menjalankan perniagaan pusat hiburan di Bandar Betong," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2023
Suspek yang menyerang dipercayai warganegara Thailand telah berjaya melarikan diri dan masih sedang dikesan setakat ini.- Fail/Sinar Harian
Bulan pemutihan PERKESO dilanjut hingga 30 Jun
Tempoh pendaftaran dan caruman pekerja dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sempena Bulan Pemutihan yang berakhir esok dilanjutkan selama sebulan lagi hingga 30 Jun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Kawasan rumah tidak lagi sama, tiada lagi senyuman - penduduk
Seorang penduduk Palestin, Ikram Al Ham menzahirkan kesedihan melihat kawasan perumahannya di Khan Younis, Gaza tidak lagi sama seperti dahulu selepas rejim Israel membedil kawasan itu sehingga musnah.
Penduduk Chicago berhimpun bantah serangan kejam Israel
Ratusan penduduk berarak di Chicago untuk membantah serangan kejam Israel di bandar Rafah pada Rabu.
Malaysia kekal tempat pertama destinasi utama pelancong Muslim 2024
Malaysia terus mengekalkan kedudukan teratas untuk kali kesembilan dalam laporan Indeks Perjalanan Global Muslim (GMTI) 2024 oleh Crescentrating dan Mastercard yang dikeluarkan pada Khamis.
IWK sasar hasil tenaga solar 21,500 MWh menjelang 2027
Indah Water Konsortium (IWK) menyasarkan penghasilan tenaga solar sebanyak 21,500 MWh setahun menjelang 2027.
Penuntut universiti luar negara lebih faham, aktif sebar
Penuntut universiti di negara barat dilihat lebih aktif dan konsisten menganjurkan demonstrasi membantah serangan Israel kerana memiliki pemahaman lebih mendalam mengenai kekejaman rejim Israel termasuk membentuk generasi prihatin terhadap isu-isu Palestin.
FIFA lakukan penilaian penambahbaikan stadium di Indonesia
Badan induk bola sepak dunia itu berkata satu delegasi pakar melawat dan menilai lapan stadium berkenaan sebagai sebahagian daripada Memorandum Persefahaman (MoU) FIFA dengan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI).
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang Rabu di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus pada Khamis, memuntahkan abu mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung
Pegawai penguat kuasa terlibat seludup sisik tenggiling akan didakwa esok - SPRM
Seorang pegawai penguat kuasa yang terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling antarabangsa melalui pintu masuk negara akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, pada Jumaat.
PDRM bantu siasatan rakyat Malaysia ditembak di Betong Thailand
PDRM akan membantu pihak berkuasa Thailand dalam siasatan seorang rakyat negara ini yang cedera parah dipercayai terkena tembakan di Betong.