KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan sebuah institusi yang memperjuangkan kelompok politik tertentu malah jauh sekali boleh dipergunakan mana-mana pihak, tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Beliau yang menjadi tonggak sang saka biru di bawah dua pentadbiran perdana menteri selepas dilantik pada Mei 2019 hingga kini berkata, pihaknya tidak pernah menerima sebarang tekanan dalam menggalas tugas serta melaksanakan perubahan dalam pasukan itu.
“Saya bebas melakukan tindakan seperti memperbetulkan pasukan dengan merombak PDRM supaya kerajaan juga akan turut dapat nama baik...apabila kerajaan dapat satu pasukan polis yang dinamik dan tidak (mengamalkan) rasuah, ini sekali gus menguntungkan kerajaan dan orang ramai,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Abdul Hamid berkata tindakan beliau membawa perubahan dalam pasukan termasuk memperjuangkan isu-isu berkaitan penyelewengan, dadah dan salah laku anggotanya adalah bukti pasukan itu telus dalam memerangi jenayah di negara ini.
Beliau berkata langkah itu secara tidak langsung dapat mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap pasukan polis yang sebelum ini didakwa mudah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu.
“Saya tidak mahu jadi pasukan yang tidak berubah kononnya undang-undang boleh dikompromi contohnya boleh bawa masuk dadah, telefon bimbit dan rokok di dalam lokap selain membiarkan kejadian rogol dalam lokap yang menimbulkan ketakutan masyarakat.
“Saya nak memperoleh kepercayaan dan penghormatan (masyarakat) sebab itu saya hendak buktikan komitmen polis dalam menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan,” katanya.
Sebelum ini, terdapat dakwaan beberapa agensi dalam kerajaan seperti PDRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dijadikan ‘senjata politik’ bagi menjalankan siasatan dengan objektif mengambil tindakan terhadap pemimpin politik pembangkang.
Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai pencerobohan laman sesawang, Abdul Hamid berkata pihaknya sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang bentuk kemungkinan pencerobohan terutama menerusi laman sesawang.
“Ada kumpulan (menceroboh laman sesawang kerajaan) yang kami sudah kenal pasti dan juga telah didakwa…siasatan kami mendapati mereka berbuat demikian untuk tujuan suka-suka, bermegah kononnya mahu menunjukkan mereka hebat,” katanya.
Jelasnya lagi, setakat ini serangan di laman sesawang kerajaan baru-baru ini tidak menunjukkan tindakan mereka untuk mendedahkan rahsia kerajaan bagi kepentingan kuasa lain.
-- BERNAMA
p /p
pTAG: politik, tekanan, Abdul Hamid, perjuangan/p
Bernama
Wed Mar 24 2021
ABDUL HAMID: Saya nak memperoleh kepercayaan dan penghormatan (masyarakat) sebab itu saya hendak buktikan komitmen polis dalam menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan. -Gambar fail
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
PDRM tidak berniat jahat atau cuai untuk tahan suami Indira Gandhi - Bekas KPN
Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau memberi petunjuk bahawa dirinya atau PDRM tidak menahan Patmanathan walaupun tahu lokasinya.
Mahmood Razak CEO baharu Puspakom
Puspakom mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.
PRU15: Tun Mahathir akan jumpa Hamid Bador
Menurutnya, buat masa ini beliau masih belum berjumpa secara peribadi dengan Abdul Hamid bagi membincangkan soal itu.
Hamid Bador calon terbaik bertembung dengan Tok Mat
Sifat Abdul Hamid Bador yang berani bercakap benar dan tegas melengkapi ciri-ciri kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat.
Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis - Laporan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya apabila menikahi seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan.
Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama
Pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.
Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.
Tiada kartel PDRM: "Ini bukan mahkamah" - Hamzah Zainudin, blok pembangkang bertikam lidah
Ia bermula apabila Hamzah memaklumkan bahawa siasatan PDRM mendapati tidak wujud sebarang kartel di dalam badan penguatkuasaan itu.
Segerakan siasatan berhubung dakwaan bekas Ketua Polis Negara - Asyraf Wajdi
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kegiatan budaya rasuah dalam amalan lompat parti dan campur tangan yang serius dalam insitusi Polis.
Hamzah tidak hadir Majlis Serah Tugas Jawatan KPN
Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Negara (KPN) di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini berlangsung tanpa kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.