awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM Johor tawar diskaun saman trafik 50 peratus

Sinar Harian
Sinar Harian
30/11/2021
22:00 MYT
PDRM Johor tawar diskaun saman trafik 50 peratus
PDRM Johor menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 50 peratus bermula Rabu hingga 15 Disember ini. -Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 50 peratus bermula Rabu hingga 15 Disember ini.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintendan M Kumarasan berkata, tawaran itu tidak termasuk bagi kes lampu isyarat merah dan saman menggunakan lorong kecemasan yang dilakukan pada tahun ini.
"Begitu juga saman memotong secara bahaya, saman kemalangan, saman non compound, saman mahkamah bertanda m, saman lori bertanda ^ dan saman ubah suai ekzos yang semua kesalahan itu dilakukan dalam tahun ini.
"Orang ramai boleh membuat bayaran saman di semua kaunter di seluruh daerah kontinjen Johor bermula jam 8 pagi hingga 4 petang waktu bekerja," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berharap, tawaran tersebut dapat mengurangkan beban semua pihak yang dikenakan saman dan sebagai tanda penghargaan polis terutama penduduk Johor atas kerjasama dan komitmen dengan pihaknya.
Tujuan diskaun pembayaran saman itu, katanya, adalah bagi memberi ruang kepada pengguna jalan raya bagi menyelesaikan saman masing-masing.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, statistik saman tertunggak bagi kontinjen Johor adalah 10,073,023 melibatkan saman Pol 170A iaitu 7,154,780 saman dan saman Pol257 melibatkan 2,918,243 saman.
Katanya, sebanyak sebanyak 72 peratus saman dari tahun 2000 hingga 30 November masih belum dilunaskan bayaran.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kumarasan
#JSPT
#diskaun saman trafik
#IPK Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan