awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengusaha diberi tempoh hingga Oktober hentikan jualan vape di Perak
Warga emas maut dilanggar pemandu mabuk
[TERKINI] Naik gaji penjawat awam bukan kerana didesak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis KL utamakan kesedaran, bukan saman dalam kempen trafik Op PUU

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
03/10/2025
09:00 MYT
Polis KL utamakan kesedaran, bukan saman dalam kempen trafik Op PUU
Fadil Marsus (foto) berkata, saman hanya dikeluarkan sebagai langkah terakhir sekiranya masyarakat masih gagal mematuhi peraturan asas lalu lintas. -Foto fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis tidak mahu mengambil pendekatan menghukum dengan terus mengenakan saman, sebaliknya menekankan aspek kesedaran masyarakat untuk mematuhi undang-undang.

Ringkasan AI
  • Polis KL utamakan kesedaran masyarakat berbanding hukuman, dengan hampir 77,000 notis advokasi dikeluarkan dalam sebulan
  • Penguatkuasaan trafik akan diperluas ke seluruh Kuala Lumpur secara berperingkat melibatkan semua elemen PDRM dan agensi lain
  • Matlamat utama ialah membina budaya masyarakat yang patuh undang-undang demi keselamatan semua pengguna jalan raya

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, saman hanya dikeluarkan sebagai langkah terakhir sekiranya masyarakat masih gagal mematuhi peraturan asas lalu lintas.
“Hampir 77,000 notis advokasi telah dikeluarkan dalam tempoh sebulan. Angka ini membimbangkan kerana ia menunjukkan tahap kesedaran masyarakat termasuk warga luar yang datang ke Kuala Lumpur masih rendah dalam mematuhi undang-undang.
"Bila kita lihat angka ini, ia sesuatu yang sangat membimbangkan. Bayangkan jika notis itu ditukarkan kepada saman," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, pada Jumaat.
Tambahnya, sebanyak 7,013 saman lalu lintas dalam tempoh dua hari selepas penguatkuasaan penuh Operasi Pematuhan Undang-Undang (Op PUU) 2025 bermula kelmarin.
Sehubungan itu, beliau berkata, PDRM menyeru orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang demi keselamatan diri, keluarga dan pengguna jalan raya yang lain.
Menurut Fadil, buat masa ini tindakan penguatkuasaan hanya dilaksanakan di kawasan panas (hotspot) dan akan diperluaskan ke seluruh Kuala Lumpur secara berperingkat, dengan melibatkan semua elemen PDRM termasuk trafik, operasi, siasatan jenayah, narkotik dan komersial.
"Kami akan laksanakan penguatkuasaan secara berterusan 24 jam sepanjang tahun, dengan kerjasama agensi lain seperti DBKL dan JPJ.
"Matlamatnya adalah untuk memberi impak positif dan membina budaya masyarakat yang patuh undang-undang,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#Polis KL
#utamakan kesedaran masyarakat
#notis advokasi
#penguatkuasaan trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan